Penyokong PH tegar ketika ini sedang mencari apa jua kesalahan yang dilakukan oleh Kerajaan PN termasuk memutar belit fakta dan memainkan persepsi jahat dan berpihak atas apa jua inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan PN.
Salah satunya pemberitaan seperti di atas iaitu menuduh dengan sengaja bahawa YB Tan Sri Annuar Musa memberi RM150 juta kepada Berjaya Times Square untuk membantu bumiputera meniaga. Sekiranya dilihat kepada kenyataan tersebut sudah tentu tidak ada salahnya, tetapi apabila digabungkan dengan sentimen memberi RM150 juta kepada Berjaya Time Square yang merupakan milik Vincent Tan maka persepsi jahat cuba diwujudkan termasuk menyoal mengapa tidak digunakan dana itu untuk membantu Bumiputera beriniaga di tempat lain seperti di tempat sendiri, menyoalkan apakah hubungan Tan Sri Annuar Musa dengan Vincent Tan dan sebagainya.
Manusia seperti ini yang berjiwakan PH memang sengaja ingin menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap Kerajaan PN dan khususnya kepada pemimpin UMNO.
Penjelasan telah diberikan oleh pihak Tan Sri Annuar melalui Setiausaha Politik beliau iaitu Budiman Mohd Zohdi melalui kiriman Facebook beliau seperti di bawah:
Maka, apa yang berlaku adalah pembelian lot bernilai RM150 juta tersebut telah dilakukan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang sebelum ini iaitu YB Khalid Samad. Mohon kepada penulis kiriman dan juga mereka yang berkongsikan kiriman tersebut untuk mengeluarkan persoalan yang sama kepada YB Khalid Samad dan kroni ketatnya, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Nor Hisham A Dahlan:
"Yang senang2 nak bagi kepada Berjaya Times Square RM150 juta itu kenapa? Nak bantu peniaga bumiputera? Kenapa nak bantu bumiputera mesti berniaga di BTS? Kenapa tidak boleh dibantu Melayu yg berniaga di tempat dia sedang berniaga? Apa hebatnya Berjaya? Apa hubungan dgn Vincent Tan? Dia Melayu ke?"
Lebih sesuai lagi soalan ini ditanyakan kepada mereka berdua kerana sebelum ini tidak ada satu perancangan pun untuk lot ini dikhususkan untuk golongan Bumiputera!
Tahniah untuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan YB Tan Sri Annuar Musa.
Cadangan Penambahbaikan
Pada masa yang sama saya ingin mencadangkan kepada YB Tan Sri Annuar Musa dan agensi yang bertanggung jawab untuk memastikan lot bernilai RM150 juta ini benar-benar dapat dilaksanakan dengan impak yang tinggi serta memastikan usahawan Bumiputera yang bakal meniaga di Berjaya Times Square dapat berkembang menjadi usahawan yang bertaraf antarabangsa.
Salah satunya adalah untuk berbincang dengan Berjaya Times Square itu sendiri untuk melakukan segmentasi seperti mana yang dilakukan di Sunway Pyramid iaitu mengkhususkan zon tertentu dengan tema tertentu.
Di Sunway Pyramid terdapat dua zon yang mempunyai temanya tersendiri iaitu zon Marrakesh yang mengkhususkan konsep ala Timur Tengah dan Zon Asian Avenue yang berunsurkan konsep ala Korea ataupun Jepun.
Lot DBKL di Berjaya Times Square ini boleh dizonkan mengikutkan pengkhususan perniagaan Bumiputera dan boleh dihias dengan motif tradisional Melayu dan dinamakan zon tersebut dengan nama yang bersesuaian.
Saya fikir dengan memberi penjenamaan seperti ini di lokasi tumpuan awam, usahawan Bumiputera yang bakal meniaga di sini boleh mendapat manfaat dengan program Kerajaan yang lebih menyeluruh dan bukannya secara one-off tanpa pemantauan dan tunjuk ajar.
Perodi kerajaan Tebuk Atap..
ReplyDeletePH mendakwa Perikatan Nasional adalah Kerajaan pintu belakang dan tebuk atap atau kerajaan tak sah.
Mari kita singkap sikit sejarah sejak berakhirnya PRU14 pada 9 Mei 2018 lalu. Kemudian cuba kita sama2 beri penilaian dan beri gelaran utk beberapa kerajaan negeri yg ditubuhkan selepas itu. Selepas berakhirnya PRU14 kita dikejutkan dg tindakan 30 MP BN/ UMNO melompat dan menyokong ke PH sama ada dg menjadi MP bebas atau menyertai parti dlm PH.
1. Sabah.
BN 29 DUN + STAR 2 DUN. Musa Aman angkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah dg sokongan 31 ADUN. Warisan, PKR dan DAP menang 29 DUN. Kemudian 6 wakil rakyat BN bertindak menyokong Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Apa gelaran yang sesuai untuk Kerajaan ini? TEBUK TUPAI?
2. Kedah.
PH menang 18 DUN. PAS dan UMNO juga menang 18 DUN. Tiba2 ADUN Guar Chempedak menyokong Mukhriz dan Mukhriz angkat sumpah Menteri Besar.
Kerajaan ini kerajaan apa?
TEBUK DINDING???
3. Perak
Kerusi DUN Perak ada 59. PH menang 29 DUN. Tak boleh tubuh kerajaan. Entah kenapa 2 wakil rakyat UMNO menyokong PH. Faizal Azumu angkat sumpah MB Perak.
Apa nama sesuai utk Kerajaan ini?
Kerjaan TEBUK LANTAI???
Selepas 22 bulan PM7 pun penat atau tersilap perkiraan atau tersilap perkataan. PM7 letak jawatan. Bila PM letak jawatan maka dg sendirinya semua Jemaah Menteri secara otomatik meletak jawatan dan kerajaan terbubar - TEBUK MUKA SENDRI..
padan muko..!!!kikikk
Ys pasti sekali musuh musuh PN akan bertanya kenapa parti yang memperjuangkan Melayu boleh mengkayakan tokey judi Vincent Tan dengan wang tunai RM150 juta?
ReplyDeleteMereka juga akan bertanya kenapa tak guna satu juta untuk memajukan Pusat IT Melayu di MARA?
Kenapa tak bagi RM1 juta kepada anak2 Melayu yang memeriah dan mempromosi budaya di jalanan Bukit Bintang?
Ada apa dengan DBKL? Tentu musuh musuh PN akan membuat laporan SPRM kerana tak panggil tender dan sebagainya.
Walhal ia hanya niat suci DBKL untuk membantu Vincent Tan sambil ambil alasan membantu bumiputera. Win Win... kata orang DBKL yang tak kenal Melayu.