1. Amat memalukan apabila tersebar di Facebook baru-baru ini seorang Ahli Parlimen Belia memperagakan emblem kereta 'Ahli Parlimen Belia'.
2. Barangkali Ahli Parlimen Belia ini sudah terlupa bahawa konsep Parlimen Belia ini adalah suatu bentuk program sahaja yang tidak mendatangkan apa-apa kelebihan perjawatan seperti mana yang diperoleh oleh Parlimen Malaysia.
3. Barangkali juga Ahli Parlimen Belia ini terlupa bahawa program ini juga boleh dianggap gagal kerana hanya lebih kurang 5% sahaja dari jumlah belia yang layak mengundi turun untuk mengundi mereka.
4. Secara tidak langsung, 5% yang turun mengundi ini tidak menggambarkan dan membawa suara belia seperti mana hasrat sebenar program Parlimen Belia ini ingin bawa.
5. Sikap berlagak, sombong dan sesetengah komentar di Facebook mengatakan 'poyo' oleh Ahli Parlimen Belia ini akhirnya akan mencalitkan keburukan ini terhadap BN dan UMNO juga.
6. Ada juga yang berkata Ahli Parlimen Belia ini mencontohi pemimpin BN dan UMNO yang pada persepsi mereka sombong dan berlagak.
7. Lebih 'menggelikan' apabila ada antara Ahli Parlimen Belia ini telahpun mengupah 'pegawai khas' dan 'pengawal peribadi'. Tidak kurang juga mereka yang bergerak ke mana-mana dengan menaiki kenderaan mewah seperti BMW X6 dan Vellfire.
8. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila mereka ini kononnya turun untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi berlagakkan seperti seorang wakil rakyat yang telah lama berjasa.
9. Adakah ini didikan UMNO dan BN terhadap belia? Sekiranya tidak, Ahli Parlimen Belia ini telah menunjukkan contoh yang terburuk dalam sejarah program yang disediakan oleh Saudara Khairy Jamaluddin.
10. Adalah diharapkan kepada Saudara Khairy untuk menilai semula program ini dan sekiranya perlu, tamatkan serta-merta 'khidmat' Ahli Parlimen Belia yang dipilih oleh 5% belia ini sahaja.
11. Cukup-cukuplah pesanan akar umbi yang menyeru agar kepimpinan UMNO untuk turun berjumpa rakyat dengan keadaan yang sederhana dan tidak mempamerkan kemewahan.
12. Sekarang ini peserta program BN dan UMNO pula yang bermewahan berjumpa rakyat sambil mempamerkan emblem kereta yang tampak begitu berlagak dan sombong.
13. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Meletakkan Emblem Kereta.
puiii busuk hati punya melayu. dhla mkn duit haram kerja fitnah ni bdk2 muda baru nk naik ko dh mula bising. muka kau sendiri kau tk tunjuk puiii dayus anak pondan
ReplyDeleteaduh ko kenapa ni jang. kau punya tagline gunakan hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara tapi kau pakai otak kau ke jang sebelum kau menipu je keje. siap bodyguard semua gila kencing agak2 ah. apa kena mengena ngn menteri? betul lah anon ckp kau pondan hanjeng sampah masyarakat. busuk hati jatuhkan bangsa sendiri. dap ngn pkr ko tk gasak pun.
ReplyDeleteKalau tak benar, saya tak kata. Saya mengkritik untuk menyelamatkan parti. Komen seperti anda ini yang memperlihatkan ketandusan moral dan pemikiran. Gunakan hak untuk berfikir sebelum komen. Sekian.
ReplyDelete