Nov 28, 2013

#NaikGaji : Kenaikan Gaji Politikus Selangor RM9.145 Juta Setahun!!!



Apa yang hendak dikatakan lagi apabila di laman web negeri Selangor sendiri memaparkan bahawa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memegang 5 Portfolio Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Inilah yang dikatakan hipokrasi tahap tertinggi.

PKR sendiri menuduh bahawa negara kita bakal bangkrap tetapi perbelanjaan untuk menyara politikus negeri Selangor ini melampau-lampau.

Gaji Khalid Ibrahim seperti yang ditulis di artikel sebelum ini ternyata benar iaitu RM 141,750 TIDAK termasuk elaun-elaun yang lain.

Kenaikan gaji-gaji 56 ADUN negeri Selangor ini,  30 portfolio Exco, timbalan speaker, speaker dan Menteri Besar Selangor adalah seperti berikut:


Ahli Dewan Undangan Negeri RM 6,000 ke RM 11,250 = RM5,250 X 56 = RM 294,000
Exco RM 6,109 ke RM 20, 250 = RM14,141 x 30 = RM 424,230
TImbalan Speaker RM3,327.50 ke RM15,750 = RM12,422.50
Speaker RM6,109 ke RM22,500 = RM16,391
Menteri Besar dari RM14,175 ke RM 29,250 = RM15,075

Maka Jumlah Kenaikan Gaji Polikus Selangor = RM762,118.50 SEBULAN!

Setahun = RM762,118.50 X 12 bulan = RM 9,145,422

RM 9.145 Juta SETAHUN!

Tidak sampai 3 bulan yang lalu, Khalid Ibrahim telah meminta Pemuda PAS untuk memilih antara Masjid atau Bola kerana untuk pembangunan Bola Sepak Selangor memerlukan RM7 Juta.
http://www.malaysiakini.com/news/241956


Maka, Masjid Atau Bola?


Jawapannya: NAIK GAJI EXCO!

1 comment:

  1. Merakyatkan ekonomi selangor... hasil negeri utk rakyat dah bole tukar meranapkan ekonomi selangor dgn hasil negeri utk kami.. lahanatttty

    ReplyDelete