Apr 8, 2013

[EKSKLUSIF] Dr. Boo Meletakkan Jawatan Sebagai Pengerusi DAP Johor #DAPConflict



1. Pagi ini telah berlaku satu insiden pada DAP Johor apabila orang kuatnya, Dr. Boo Cheng Hau yang juga Pengerusi DAP Johor telah meletakkan jawatannya di dalam DAP.

2. Ini juga turut disertai oleh Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Tan Chen Choon, suami kepada ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dan juga Setiausaha DAP Johor, ahli DUN Mengkibol, Ng Lam Hua serta beberapa lagi ahli DAP Johor.

3. Mereka ini dikatakan tidak berpuas hati dengan percaturan calon DAP di Johor yang mengambil bukan orang tempatan untuk ditandingkan di Johor.

4. Nampaknya permainan Lim Kit Siang mencaturkan pergerakan DAP di Johor telah ditentang dengan hebat, membuktikan bahawa DAP Johor tidak sudi untuk menjadi seperti pulau pinang pada mana Ketua Menterinya bukanlah orang tempatan.

5. Lim Kit Siang yang meninggalkan kerusi Ipoh Timur untuk bertanding Gelang Patah, satu kawasan yang telah lama DAP Johor berhempas-pulas untuk mendapatkan sokongan akhirnya dipertandingkan bukan orang tempatan sekali pun.

6. Mungkin di Pulau Pinang, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng boleh membeli Chow Kon Yeow, tetapi ahli DAP Johor lebih bermaruah daripada ahli DAP Pulau Pinang.

7. Terbukti dalaman DAP sendiri tidak stabil, masakan mahu memerintah negara.

8. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments:

Post a Comment