Mar 5, 2013

#AnwarPenipu : Anwar suruh hentikan campur tangan politik. Yang Tian Chua Tu Buat Apa? #LahadDatu


1. Satu lagi berita hipokrit dan retorik Keadilan Daily sampaikan adalah DS Anwar meminta supaya tidak ada campur tangan politik di dalam insiden Lahad Datu.

2. Namun begitu, sebelum apa-apa pun berlaku, Tian Chua dari parti PKR sendiri telah mencampuri urusan keselamatan negara dengan membuat tuduhan liar pada 1 Mac tempoh hari.




3. Apakah DS Anwar tidak sedar bahawa pihak PKR-lah yang mencampuri urusan keselamatan negara.

4. Malah beliau sendiri yang berjumpa dengan MNLF lebih kurang sebulan sebelum insiden ini berlaku.

5. Inilah sikap sebenar DS Anwar yang mahu mengkaburi mata rakyat dan ingin muncul hero di dalam insiden ini.

6. Malangnya cubaan beliau kali ini amatlah menyedihkan kerana terlalu kolot dan bodoh kenyataan seperti ini.



7. Sebelum beliau hendak menasihatkan kerajaan, eloklah beliau menasihatkan Tian Chua terlebih dahulu agar tidak celupar dan mengundang kemarahan rakyat lantas menimbulkan sentimen perkauman.

8. Mungkin juga ini adalah perancangan DS Anwar yang mahu melaga-lagakan antara kaum kerana jelas apabila emosi sudah memuncak, kata-kata yang pada asasnya ingin ditujukan khas kepada Tian Chua terlepas dengan mengatakan sesuatu yang boleh menghina kaum Cina.

9. Gunakann Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak untuk Bersuara!

No comments:

Post a Comment