Feb 20, 2013

#TolakDAP : Blame Game Teresa Kok Berikutan Banjir Di Puchong


1. Selangor sekali lagi dikejutkan apabila berlaku sekali lagi banjir kilat di kawasan Puchong, betul-betul di IOI Mall termasuk dengan Lebuhraya Damansara-Puchong.

2. Sebelum ini juga, Kajang dan juga Shah Alam turut dilanda bencana banjir ini tidak lama dahulu.

3. Tetapi, sebagai Exco Negeri Selangor, Teresa Kok sekali lagi memainkan mentaliti pembangkang apabila menuduh pihak lain yang bertanggung jawab menyebabkan banjir tersebut.




4. Blame game seperti ini tidak ubah seperti mana yang DAP serta parti-parti lain di dalam Pakatan Pembangkang selalu mainkan.

5. Merancang, melaksana dan juga meluluskan apa-apa projek yang berkaitan dengan tanah yang berada di dalam sesebuah negeri adalah hak mutlak kerajaan negeri. Ini telah tercatat di dalam perlembagaan itu sendiri di dalam Senarai -2 Senarai Negeri, Fasal 2 sehingga 5.

6. Maka projek LRT yang dijalankan ini menyebabkan berlakunya banjir maka adalah tanggung jawab kerajaan negeri kerana tidak merancang dengan baik pengurusan perlaksanaan projek tersebut. Kawal selia dan memastikan kontraktor LRT tersebut mengikut syarat-syarat yang berkaitan dengan tanah adalah tanggung jawab kerajaan negeri.

7. Begitu mudah sekali Terea Kok melepaskan bebanan tanggung jawab beliau dengan menyalahkan pihak lain. Adakah ini tanggung jawab seorang pemimpin?

8. Rakyat sebenarnya tidak peduli pun salah siapa tetapi selesaikanlah permasalahan ini supaya tidak berulang kembali.

9. Perkara yang sama berlaku pernah berlaku di Kajang, disalahkan pula kondisi infrastruktur sebelum. Di Shah Alam pula, disalahkan PLUS dan pelbagai lagi i'orang lain yang bersalah, tetapi bukan kami!' senario yang berlaku bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh negeri dibawah kepimpinan Pakatan Pembangkang.

10. Inilah yang Tan Sri Musa Hassan pernah menyebut bahawa walaupun sudah menjadi kerajaan memerintah tetapi Pakatan masih lagi mengamalkan mentaliti pembangkang.

11. Mungkin setelah kehausan pihak lain yang hendak disalahkan, adakah Pakatan akan menyalahkan Tuhan kerana mala petaka yang berlaku atas kegagalan pentadbiran mereka?

12. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!-

No comments:

Post a Comment