Jan 11, 2013

#TolakPR : Politik Tongong Kembali Dengan Mesej Lebih Memedihkan Hati Pro-Pembangkang

Tong dan Ngong kembali dengan Episod Ke-2

1. Mereka muncul di awal tahun 2013 dengan mesej-mesej yang 'direct hit' tanpa selindung dan tanpa belas kasihan. Mempunyai FanPage mereka sendiri di www.facebook.com/politiktongong2012 dan @PolitikTongong di Twitter.

2. Kini mereka kembali dengan episod kedua yang ternyata lebih sinikal, lebih tajam dan memedihkan telinga penyokong-penyokong pro-pembangkang.


3. Kini serangan mereka beralih kepada keseluruhan parti di dalam kekalutan Pakatan Pembangkang dalam misi mereka menuju Putrajaya.

4. Secara bersahaja, mereka telah mengusik kepimpinan perti-parti pembangkang khususnya kepada Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.

5. Mereka juga telah memberikan komen balas kepada komen-komen negatif yang dibanjiri khususnya dari cybertroopers pembangkang. Segala tuduhan-tuduhan tidak berasas oleh cybertroopers tersebut dijawab dengan sangat sinikal serta membalikkan tuduhan tersebut ke atas cybertroopers pro-pembangkang tersebut.

6. Masih menjadi tanda tanya siapakah mereka yang disebalik topeng-topeng tersebut tetapi itu semua tidak penting kerana mereka telah mengutarakan isu-isu yang tidak mungkin dapat dijawab oleh pembangkang.

7. Di akhir klip video mereka, TOP 5 Tongong Minggu ini pasti mencuit hati barang siapa yang menontonnya. Ayuh, kita tonton Episod #2 Politik Tongong.

8. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!


No comments:

Post a Comment