Jan 12, 2013

#SangSakaMalaya : Budak AMK Kantoi Mengedar Flyers Sang Saka Malaya #KL112





1. Awal pagi tadi semasa meronda di kawasan sekitar Kuala Lumpur, terjumpa risalah tukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya bertaburan.

2. Setelah mengikut jejak risalah tersebut, akhirnya bertemu dengan seorang pemuda yang dipercayai AMK sedang menaburkan risalah tersebut. (Gambar Di bawah)

2a. Apabila cuba didekati, pemuda AMK ini telah melarikan diri. Diminta kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini dan menahan individu yang bertanggung jawab melakukan onar ini.



3. Nampaknya pihak Pakatan Pembangkang benar-benar mahukan bendera Jalur Gemilang ini diubah.




4. Ini seiring dengan tuntutan Hishamuddin Rais dan beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang yang telah menyatakan hasrat mereka tidak lama dahulu.

5. Mengapa mereka memilih Stadium Merdeka kini telah menjadi semakin jelas.

6. Di Stadium Merdeka 55 tahun yang lalu, Tunk Abdul Rahman telah menisytiharkan Merdeka dengan bendera Jalur Gemilang buat pertama kalinya dinaikan di situ beserta iringan lagu Negaraku kemudian diikuti dengan laungan Azan oleh TS Hassan Azhari.

7. Pada hari ini, Hishammuddin Rais dan Mat Sabu serta keseluruha kepimpinan Pakatan mahukan sejarah itu dipadam dan digantikan dengan sejarah mereka sendiri.

8. Perancangan mereka untuk menaikkan bendera Sang Saka Malaya di Stadium yang bersejarah itu akan mencemarkan tempat yang dikatakan keramat bagi negara Malaysia.

9. Perbuatan ala komunis ini sudah tentunya hasil pemikiran Hishamuddin Rais yang mendokng kuat ideologi Sosialis dan Komunis Karl Marx.

10. Dengan menggunakan rakyat yang pro-pembangkang itu, mereka akan menyaksikan kali pertama bendera Jalur Gemilang bakal diturunkan dan bendera versi Hishamuddin Rais Sang Saka Malaya akan dinaikkan.

11. Tujuan mereka melakukan ini adalah untuk menunjukkan kerajaan yang sedia ada ketika ini sama seperti British dan tanda naiknya bendera mereka itu adalah kemerdekaa buat rakyat kononnya.

12. Janganlah kita sebagai rakyat Malaysia terpengaruh dengan ideologi jahat seperti ini. Moga-mog dengan terbitnya artikel ini, Hishamuddin Rais akan membaalkan hasrat beliau untuk melakukan sedemikian. Jika tidak, maka Hishammuddin Rais telah mencemarkan nama negar, mencemarkan Jalur Gemiliang yang pada mana Jalur Gemilang tersebut membawa Kedaulatan Sultan dan Kesucian Agama Islam.

13. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments:

Post a Comment