Jan 4, 2013

#DAPConflict : Pemilihan CEC DAP Tidak Sah? Integriti DAP Musnah!


1. Nampaknya parti yang kononnya 'kebal' dari segi integriti ini akhirnya menunjukkan warnanya yang sebenar apabila keputusan pemilihan CEC DAP berlakunya pindaan.

2. Vincent Wu, yang mendapat tempat ke-6 dengan undian 1,202 undi telah dikorbankan untuk memasukkan Zairil Khir Johari di tempat ke-20.

3. Akhirnya DAP tidak dapat menjawab keemua tuduhan yang dilemparkan kepadanya mengenai #DAPTolakMelayu. Dan akibat daripada tekanan yang diberikan, kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan untuk memasukkan Zairil Khir Johari yang mendapat hanya 303 undi sahaja dinaikkan kepada 800 undi untuk melayakkan beliau menduduki tangga ke-20.


4. Persoalan demi persoalan timbul tentang bagaimana telusnya pasti Chauvinis ini tentang partinya sendiri.

5. Seperti yang ramai sedia tahu, Vincent Wu ini hanyalah seorang pemandu sahaja kepada Lim Kit Siang. Beliau juga hanya mempunyai tahap pendidikan setakat darjah 6 sahaja.

5a. Atas dasar ini tekanan dari dalaman DAP sendiri yang mempersoalkan bagaimana seseorang tanpa suatu kelayakan boleh mendapat tempat di dalam CEC, kepimpinan tertinggi DAP sedangkan peguam, doktor, pensyarah dan lain-lain jawatan tinggi tidak diberikan tempat.

6.Jawapannya adalah pemilihan CEC DAP dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu yang mahukan kepimpinan partinya semuanya adalah 'Yes-Man' sahaja kepada Dinasti Lim.

7. Demi kononnya untuk memenangi hati Melayu semula, Zairil dimasukkan ke dalam CEC DAP.

8. Tetapi latar belakang Zairil juga perlu diketahui. Beliau bukanlah anak kandung kepada Khir Johari. Ayah biologi kepada Zairil adalah seseorang yang berketurunan Cina pada mana sebelum ibunya berkahwin dengan Khir Johari, ibunya berkahwin dengan sorang Cina.

9. Masih lagi bukan seseorang yang rasnya betul-betul Melayu dan sentimen Cina masih kuat pada Zairil maka kerana itulah beliau memilih untuk bersama parti Chauvinis tersebut.

10. DAP boleh sahaja pilih calon Melayu yang kiranya senioe seperti Ahmad Ton ataupun Zulkifli, tetapi pada akhirnya Zairil juga dipilih. Adakah ini satu percaturan jangka masa panjang Maharaja Lim Kit Siang?

11. Jika benar teori yang dikemukakan pada artikel sebelum ini, calon-calon yang kalah CEC DAP tiga minggu lepas, akan dihantar menjadi calon di Johor dan Sabah sebagai 'cannon fodder' sahaja untuk akhirnya menamatkan karier politik mereka.

12. Tetapi Zairil telah diselamatkan daripada perkumpulan calon kalah tersebut. Rancangan Maharaja Lim Kit Siang semakin jelas dan semakin boleh dibaca.

13. Kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong kepada DAP, janganlah terperangkap dengan strategi politikal DAP ini. Keputusan untuk menukar undian CEC tersebut jelas menunjukkan bahawa DAP bukanlah satu parti yang baik untuk memerintah negara. Sedangkan pemilihan dalamannya sendiri berlaku penipuan, manipulasi dan pelbagai lagi helah, maka apatah lagi yang berlaku jikalau memberikan mandat kepada mereka untuk memerintah  negara.

14. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.



No comments:

Post a Comment