Jan 6, 2013

#DAPConflict : Kebenaran Sebenar Pemilihan CEC DAP


1. Saya berpeluang untuk berjumpa dengan seorang ahli veteran DAP yang sudah bersama parti selama 36 tahun yang masih percaya dengan konsep samarata dan Malaysian Malaysia walaupun kalah semasa pemilihan CEC DAP tempoh hari.

2. Namun, di dalam perjumpaan tersebut beliau telah melahirkan rasa kekecewaan beliau berikut anpengumuman kesilapan di dalam pemilihan CEC DAP yang ke-16 baru-baru ini.

3. Dan beliau telah berkongsi bersama beberapa keraguan yang berlaku sepanjang kongres itu berlangsung dan jawapan kepada keraguan tersebut.


Keraguan Pertama

1. Sewaktu pemilihan itu berlaku, terdapat beberapa kem yang telah mengeluarkan senarai nama pada mana terdapat senarai  20 orang calon-calon yang perlu mereka pilih.

2. Yang menjadi persoalan di sini adalah nama Karpal Singh langsung tidak disenaraikan pada mana-mana senarai tersebut biar apapun kem yang mereka sokong.

3. Ini kerana Maharaja Lim Kit Siang inginkan kekosongan jawatan Pengerusi untuk diberikan kepada anaknya Lim Guan Eng.

4. Tetapi, selagi mana Karpal Singh masih ada di dalam CEC DAP, maka jawatan tersebut masih lagi terpakai untuk beliau.

5. Ini kerana di dalam perlembagaan DAP, jawatan yang disandang oleh Lim Guan Eng iaitu Secretary General hanya dibenarkan untuk 2 penggal sahaja. Lim Guan Eng telah menjawat jawatan tersebut pada pemilihan 2008 dan pada pemilihan 2012 baru-baru ini.

6. Pemilihan akan datang, Lim Guan Eng tidak lagi layak menduduki jawatan tersebut. Maka, sesuatu perlu dilakukan supaya Dinasti Lim akan sentiasa berkuasa sepenuhnya.

7. Tetapi, pada pagi pemilihan tersebut, Lim Kit Siang telah menghantar satu sms ringkas untuk memasukkan nama Karpal Singh pada saat akhir. Dan setiap arahan yang dikeluarkan oleh Maharaja Lim adalah 'gospel truth', bermakna ia wajib untuk dipatuhi.

8. Persoalan yang timbul adalah mengapa beliau berbuat sedemikian setelah perancangan panjang telah diatur sekian lama?

Keraguan Kedua

1. Keputusan tersebut sepatutnya diumumkan pada pukul 5.30 ptg seperti yang dijadualkan.

2. Dengan perwakilan hanya seramai 2,500 orang sahaja, sepatutnya tidak perlu untuk mengambil masa panjang untuk mengumumkannya.

3. Tetapi telah diumumkan akan berlaku kelewatan kerana proses pengiraan mengambil masa yang lama walaupun dibantu oleh komputer.

4. Pada mulanya, keputusan tersebut hendak diumumkan pada keesokkan harinya. Setelah dibantah dengan kuat oleh semua perwakilan serta menampakkan imej buruk kepada DAP, keputusan tersebut diumumkan pada jam 9.00 malam.

5. Persoalan yang timbul adalah mengapa berlaku kelewatan pengumuman tersebut?

Keraguan Ketiga

1. Apabila keputusan diumumkan, secara mengejutnya terdapat 2 individu yang tidak disangka mendapat keputusan yang baik.

2. Yang pertama, Karpal Singh yang mendapat tempat ke-3 dengan 1,411 undi dan Vincent Wu di tempat ke-6 dengan 1,202 undi.

3. Karpal Singh tidak disangka kerana prestasi beliau pada 2008 hanya mendapat tempat ke-9 dan ramai ahli berpendapat beliau sebagai liabiliti kerana terlalu vokal tentang sesuatu perkara.

4. Maharaja Lim Kit Siang dan hampir keseluruhan kepimpinan DAP juga amat tidak suka kepada beliau kerana apabila PAS mencadangkan sesuatu perkara seperti hudud, Karpal akan dengan tegasnya menyuarakan pendapat beliau. Jika anda perhatikan, kedua anak beranak Lim akan diam apabila PAS menyebut negara Islam ataupun hudud.

5. Vincent Wu pula adalah satu individu yang tidak sangat dikenali di dalam DAP. Beliau dengan latar belakang pendidikan yang lemah, tidak menghabiskan darjah 6, telah terpilih sebagai kepimpinan tertinggi DAP. Vincent Wu juga merupakan pemandu peribadi kepada Maharaja Lim Kit Siang untuk sekian lama.

6. Perwakilan DAP sedar akan latar belakang Vincent Wu ini dan sudah tentu dengan senarai calon lain yang mempunyai ijazah, master mahupun Phd sudah tentu beliau bukanlah dikatakan favourite untuk menang.

7. Mengapa kedua-dua individu ini menang dengan majoriti yang tinggi walaupun ramai perwakilan yang mengaku tidak mengundi mereka?

Keraguan Keempat

1. Tiga minggu setelah pemilihan CEC ini berlaku, tiba-tiba sahaja DAP mengumumkan tentang berlakunya kesilapan teknikal dan Vincent Wu tidak patut menang dan Zairil Khir Johari pula ditambahkan undinya dari 303 undi kepada 803 undi dan secara langsung menaikkan beliau dari tangga ke-40 kepada tangga ke-20 seterusnya melayakkan beliau untuk mendapat tempat di dalam CEC DAP.

2. Persoalan yang timbul di sini pula, adalah mengapa setelah 3 minggu sahaja barulah disedari berlakunya kesilapan teknikal?

3. Dan mengikut logik akal, untuk menjaga integriti, maruah serta sokongan rakyat kepada DAP, seharusnya pengumuman ini tidak akan dibuat walau bagaimana teruk sekalipun kesilapan yang berlaku.

4. Apakah kesalahan yang lebih besar DAP cuba selindungkan sehinggakan terpaksa melakukan pengumuman tersebut?

Jawapan

1. Segalanya adalah kerana Karpal Singh.

2. Karpal telah mengetahui konspirasi dalaman untuk menjatuhkan beliau. Maka beliau telah mulakan propaganda untuk menjatuhkan kebanyakan calon-calon pilihan Dinasti Lim.

3. Jika dilihat daripada persekitaran Pisa Bayan Baru tempoh hari, kebanyakan banner dan risalah-risalah yang diedarkan adalah untuk menjatuhkan dan memburukkan calon-calon pilihan Dinasti Lim serta memainkan sentimen perkelahian antara kem yang tidak menyokong Dinasti Lim.


4. Saranan 1 kerusi 1 calon ini adalah daripada Karpal Singh sendiri. Banner dinaikkan ini menunjukkan senarai calon-calon pemilihan CEC DAP yang memegang 2 kerusi, Parlimen dan juga DUN. Tetapi jika di perhatikan terdapat seorang yang memegang 2 kerusi tetapi tidak disenaraikan; iaitu Lim Guan Eng.


5. Ini pula adalah banner yang ditunjukkan bahawa di dalam parti DAP yang dikatakan berbilang kaum, penguasaan sebenar adalah dari kaum Cia seramai 24 orang manakala dari kaum India juga hanyalah 5 orang dan Melayu seorang. Sekali lagi ini bertujuan untuk menyerang Dinasti Lim yang hendak memastikan keahlian CEC DAP terdiri dari kaum Cina sahaja.


6. Banner di atas juga bertujuan untuk menyerang Lim Guan Eng yang merupakan anak kelahiran Melaka yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Walaupun sentimen ini telah lama disenyapkan, Karpal dengan bijak mengaturnya kembali agar ahli DAP Pulau Pinang kembali mempersoalkan jawatan yang disandang oleh Lim Guan Eng.

7. Jika diperhatikan, segala bahan propaganda yang dikeluarkan tidak ada satu yang menyerang Karpal Singh walaupun beliau tidak digemari ramai di dalam parti. Setiap bahan yang dikeluarkan hanya mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP.

8. Atas sebab serangan propaganda ini dimulakan, Maharaja Lim Kit Siang dengan berat hatinya mengirimkan SMS kepada setiap ahli supaya mengundi Karpal Singh.

9. Namun begitu, niat Maharaja Lim Kit Siang untuk mengukuhkan kedudukan Dinasti beliau di dalam CEC DAP masih diteruskan. Dengan memasukkan Vincent Wu sebagai undi pasti bagi anaknya Lim Guan Eng maka tiada apa uyang beliau risaukan.

10. Malangnya kehadiran Vincent Wu dipersoalkan oleh Karpal Singh atas dasar kelayakan akademik Vincent yang tidak baik. Karpal juga inginkan undi pasti buat Dinasti Lim dikeluarkan daripada CEC parti.

11. Mengapa DAP sanggup mencemarkan integriti dan maruah parti kerana Karpal Singh memegang rahsia manipulasi Dinasti Lim pada CEC tersebut.

12. Antara dua, jika didedahkan manipulasi tersebut, maka dengan sendirinya lebih teruk integriti dan maruah parti DAP. Maka, walaupun dengan berat hati, DAP terpaksa mengumumkan kesilapan teknikal tersebut dan memasukkan Zairil Khir Johari demi mengadakan satu orang Melayu di dalam CEC DAP.

13. Buat masa ini, Karpal memegang rahsia utama Dinasti Lim yang boleh membuktikan berlakunya manipulasi undi semasa pemilihan CEC DAP.

14. Untuk itu, dengan keadaan yang semakin sempit buat Dinasti Lim, pelbagai kisah lain dikeluarkan untuk melarikan fokus orang ramai terhadap pemilihan CEC tersebut. Ini termasuklah kenyataan media Lim Guan Eng yang menuntut penggunaan kalimah Allah buat Kristian, pendedahan kes pengambilan tanah di Kelantan oleh Nga dan Ngeh (pesaing terkuat Lim Guan Eng), dan pelbagai lagi isu-isu remeh yang dimainkan.

15. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!




No comments:

Post a Comment