Dec 1, 2012

#PAU2012 : Lagi Spin @MalaysiaKini Didedahkan @TunFaisal @RazlanRafii


1. Yang menjadi kegembiraan buat penulis adalah apabila tindak-tanduk MalaysiaKini berada pada satu laluan yang boleh diramalkan.

2. Belum sempat sejam berakhirnya ucapan penggulungan DS Najib tamat, Malaysiakini telah 'spin' ucapan DS Najib atas isi kandung yang terhad dan bukan keseluruhannya.



3. MalaysiaKini masih mahu meneruskan agenda mereka untuk memecah-belahkan antara penyokong-penyokong pemimpin UMNO. Artikel penulisan ini dilihat sebagai untuk menyambung 'drum' yang dipalu oleh mereka di awal persidangan.

4. DS Zahid yang memulakan ucapan awal tentang tindakan keras untuk pensabotaj UMNO kini berlegar di kalangan media pro-pembangkang untuk mewujudkan, menampakkan kepada umum individu-individu yang mahu sabotaj bukan di peringkat akar-umbi tetapi di peringkat Majlis Tertinggi UMNO itu sendiri.

5. Yang menjadi fokus kepada Malaysiakini bukanlah kepada pemimpin-pemimpin tersebut untuk bertelagah, tetapi di peringkat akar umbi. Ini telah dijelaskan di dalam beberapa artikel yang lepas.

6. Menariknya, artikel-artikel dari MalaysiaKini yang boleh dianggap fitnah dan 'kotor' ini akan dikutip oleh pemimpin pembangkang.

7. Husam kutip isu Deepak, Mahfuz kutip isu Hishamuddin dan Musa Hassan, Lim Kit Siang mengutip bukan Zahid patut jawab isu Deepak. Siapa ya yang masih belum kutip 'samapah-sampah' ini?

8. Tentunya pengaut terakhir wajib Anwar Bin Ibrahim.

9. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.



No comments:

Post a Comment