Dec 15, 2012

#DAPConflict : Strategi Bagaimana @LimKitSiang Menguruskan Ancaman Terhadap Dinasti Lim @CMLimGuanEng @ChowKonYeow @TeresaKok @NgehKooHam @NgaKorMing @RonnieLiuTK

Grafik Ini Adalah Ihsan Ahli DAP Tersebut

1. Baru-baru ini Salah berjumpa dengan seorang ahli DAP dari Pulau Pinang.

2. Beliau dengan tidak sengaja telah memberitahu Salah tentang masalah dalaman DAP yang ingin menjatuhkan keluarga Lim Kit Siang.

3. Berikut adalah penerangan beliau:

CEC (Central Executive Comittee) Ataupun Ahli Majlis Tertinggi


1. Dilihat pada Kongress Kebangsaan DAP ke-16 kali ini akan memaparkan suatu bentuk pertandingan untuk memilih CEC ataupun Ahli Majlis Tertinggi.

2. Berbeza dengan kebanyakan parti lain, DAP tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya walaupun namanya Parti Tindakan Demokratik.

3. Ahli tidak boleh memilih siapakan presiden parti, timbalan presiden dan seterusnya.

4. Mereka hanya boleh memilih 22 orang untuk menduduki CEC dan kemudiannya 22 orang CEC ini akan membentuk kepimpinan parti tersendiri.

5. Metodologi yang diguna pakai oleh DAP ini adalah mirip dengan kebanyakan parti komunis yang berada di negara lain seperti di China.

6. Yang betul-betul berkuasa di dalam struktur begini bukanlah Presiden, tetapi Secretary-General. Maka, tersangat mudah bagi sesebuah kem atau keluarga untuk mendominasi jawatan-jawatan penting di dalam parti.

7. Atas dasar inilah, keluarga Lim Kit Siang berkuasa penuh dan boleh membentuk suatu kuasa veto di dalam parti DAP.

8. Kerana penguasaan yangg begitu mudah untuk diperoleh oleh suatu perkumpulan yang kuat, maka bukan mudah untuk ahli menentukan siapakan yang layak memegang jawatan utama parti.

9. Dengan cara ini jugalah, Lim Kit Siang dapat membina Dinasti beliau di dalam parti DAP.

10. Untuk menjatuhkan penguasaan dinasti sebegini, maka suatu perkumpulan lain perlu dibentuk untuk menjatuhkan Dinasti Lim Kit Siang.


Ancaman dari The KOKS

1. The KOKS (Kick Out Kit Siang) merupakan perkumpulan daripada DAP Selangor yang diketuai oleh Teresa Kok. Menariknya, The KOKS ini telah membina satu perhubungan sepakat dengan PKR Selangor terutamanya MB Selangor sendiri, TS Khalid Ibrahim.

2. Perkumpulan The KOKS ini yang juga terdiri daripada kebanyakan ahli DAP Selangor seperti Ronnie Liu dan pelbagai lagi dalam usaha untuk menaikkan kem mereka ke dalam CEC DAP.

3. Perkara ini disedari oleh Lim Kit Siang. Maka untuk mengurangkan pengaruh daripada The KOKS ini, Lim Kit Siang telah bersepakat dengan Kem Karpal Singh untuk memburukkan kepimpinan DAP Selangor ini.

4. Kebanyakan kes yang keluar bukanlah didedahkan oleh parti Kerajaan seperti UMNO ataupun MCA dan MIC, tetapi didedahkan oleh dalaman DAP sendiri.

5. Kem Karpal juga telah menuntut pelbagai desakan terhadap The KOKS ini dengan menggunakan sentimen kaum India.

6. Serangan terbaru terhadap The KOKS ini adalah kes pecah kuil di dalam kediaman rumah di Sepang.

7. Dengan menggunakan kes ini, kepimpinan DAP Selangor dan termasuk PKR telah dikecam dengan begitu hebat oleh komuniti kaum India di Selangor.


8. Di celah-celah kemarahan kaum India tersebut, maka muncullah Karpal Singh, anaknya, Gobind Deo Singh mengeluarkan kenyataan akhbar membela kaum India serta mengutuk tindakan tersebut. Bekas Ketua Bahagian DAP Pantai Sepang, R Vellasamy telah menjadi agen mereka dalam menyerang perkumpulan The KOKS ini.

9. Buktinya, apabila R Vellasamy mengadakan satu persidangan media di Bangunan SUK Selangor menghentam kepimpinan Teresa Kok dan juga Ronnie Liu.

Ancaman daripada The Nga-Ngeh Bros

1. Di Perak pula, populariti Nga Kor Ming telah meningkat secara mendadak. Dengan kefasihan beliau berbahasa Melayu, mempunyai rupa yang segak, berkarismatik dalam mencapaikan ucapan serta kelayakan beliau sebagai seorang peguam telah sedikit sebanyak mencabar kepimpinan Lim Guan Eng.

2. Lebih ramai berkata Nga Kor Ming sepatutnya menjadi Secretary-General kerana karima beliau dalam mengendalikan sesuatu isu atau perkara.

3. Ini sedikit sebanyak telah menyebabkan Lim Kit Siang sebagai Patron kepada Dinasti beliau tidak senang duduk dengan individu yang boleh mencabar anaknya itu.

4. Maka apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang adalah menghantar Kulasegaran ke Perak untuk mengimbangi kuasa tersebut.



5. Apa yang dilakukan oleh Kulasegaran adalah kononnya mendedahkan skandal yang berlaku di negeri Perak oleh Nga-Ngeh Bros. Nga Kor Ming pula bertindak balas dengan tidak melantik Kulasegaran sebagai Ahli Majlis Bandar Ipoh.

6. Dengan persengkataan antara Kulasegaran dan Nga-Ngeh ini, fokus mereka terhadap mencabar kepimpinan Lim Guan Eng semakin berkurangan.

7. Dengan mencipta persengketaan dalaman di Perak ini, Lim Kit Siang telah memastikan Dinasti beliau selamat.

Ancaman Dari Pulau Pinang

1. Keadaan di Pulau Pinang pula sedikit berbeza.

2. Tentangan ini bukanlah daripada individu tetapi daripada keseluruhan ahli DAP Pulau Pinang di peringkat akar umbi.

3. Mereka sangat marah kepada Dinasti Lim Kit Siang ini kerana melantik anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.



4. Lim Guan Eng yang bukan anak tempatan telah dilantik dan mengenepikan Chow Kon Yeow yang merupakan Pengerusi DAP Pulau Pinang.

5. Perkara ini sangat tidak dipersetujui kerana merekalah yang berusaha keras untuk memastikan kemenangan DAP di Pulau Pinang selama lebih 20 tahun yang pada mana akhirnya dirampas dengan begitu sahaja oleh orang luar yang tidak menyumbang terhadap perjuangan DAP negeri.

6. Perkara ini disedari oleh Lim Kit Siang dan beliau telah mengatur strategi bagaimana untuk mengatasinya.

7. Lim Kit Siang dan DAP berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai kubu kuat mereka. Beliau juga berhasrat untuk mengadakan pusat operasi DAP di Malaysia di Pulau Pinang.

8. Kongress DAP ke-16 yang bakal berlangsung di PISA Bayan Baru esok, merupakan satu mesej yang terang untuk disampaikan khasnya kepada rakyat Malaysia bahawa Pulau Pinang adalah milik mutlak DAP.

9. Untuk mengatasi tentangan dari peringkat akar umbi ini, Lim Kit Siang telah menghantar anak perempuannya, Lim Hui Ying ke Pulau Pinang untuk bertanding kerusi negeri. Ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Dinasti Lim di Pulau Pinang.

10. Pada masa yang sama, Lim Kit Siang telah 'membeli' pemimpin DAP Pulau Pinang termasuk Chow Kon Yeow supaya menyokong kepimpinan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dan kekal terus sebagai Ketua Menteri sekiranya DAP masih lagi menguasai Pulau Pinang pada PRU-13 nanti.

Chow yang dibeli oleh Dinasti Lim
11. Chow Kon Yeow yang pada mulanya telah menentang pemilihan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, kini diam dan bersetuju pula dengan pemilihan tersebut.

12. Namun, ahli DAP yang berada di peringkat akar umbi ini tidak mampu untuk melakukan apa-apa kerana Pengerusi DAP Pulau Pinang sendiri telah dibeli oleh Dinasti Lim.

Hasil Analisa

1. Cengakaman Dinasti Lim di dalam parti DAP semakin hari semakin kuat. Peluang untuk ahli lain naik menjadi kepimpinan utama sangat sukar sekiranya tidak tunduk kepada kehendak Dinasti Lim ini.

2. Pada mana kesemua parti yang bakal bertanding untuk PRU ke-13 nanti, DAP adalah satu-satunya parti yang bakal menyaksikan pemilihan parti.

3. Ramai yang mengatakan ini adalah satu tindakan yang bodoh oleh DAP, tetapi ramai yang tidak tahu perancangan sebenar Dinasti Lim ini.

3. Pemilihan kali ini bakal penyaksikan penguasaan penuh Dinasti Lim. Calon-calon yang gagal di dalam pemilihan ini akan dihantar untuk bertanding di Johor dan Sabah pada PRU ke-13 kelak.

4. Ini adalah untuk memastikan sekiranya mereka menang di dua negeri tersebut maka mereka bakal menjadi proksi kepada Dinasti Lim dan sekiranya mereka kalah, maka karier politik mereka dapat ditamatkan dengan mudah malah harapan mereka untuk bertanding untuk pemilihan DAP yang akan datang musnah sama sekali.

5. Rakyat harus sedar akan permainan jahat Dinasti Lim ini dalam menguasai politik negara. Parti yang kononnya demokratik ini lebih bersifat autokratik dengan mengambil kesempatan yang sebegini.

6. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara

No comments:

Post a Comment