Dec 20, 2012

#DAPConflict : Calon Melayu Diperalat lagi oleh DAP



1. Wajar dibaca dengan penuh artikel MalaysiaKini ini agar memahami lagi bagaimana Melayu diperalatkan oleh DAP. (Baca di sini)

2. Pemilihan CEC DAP baru-baru ini yang jelas menunjukkan penolakan calon bukan Melayu di dalam DAP di'spin' lagi oleh MalaysiaKini.

3. Dengan menggunakan heading 'Kami Tak Kecewa Pun...' jelas adalah heading yang bertujuan untuk memujuk kembali rakyat dengan menggunakan testimonial dari calon Melayu yang kalah sendiri.



4. Lebih menarik lagi apabila Ahmad Bin Ton yang dahulunya terpilih ke dalam CEC mengatakan bahawa beliau masih lagi mempunyai ruang dan peluang untuk menyumbang kepada parti walaupun tidak terpilih ke dalam CEC. Tambah beliau lagi, beliau percaya selama 36 tahun dengan DAP untuk mewujudkan bangsa Malaysia.

5. Tidakkah beliau melihat hasil penolakan calon bukan Cina oleh DAP ini adalah bukti kepada konsep bangsa Malaysia DAP ini hanyalah retorik semata-mata dan langsung tidak dizahirkan oleh parti DAP.

6. Ternyata kenyataan beliau ini adalah arahan dari pihak tertinggi parti DAP untuk menyelamatkan wajah DAP ini yang berselindung di balik konsep demokratik dan saksama.

7. Parti kronism dan nepotism ini telah membuktikan kepada masyarakat umum bahawa perjuangan sebenar DAP ini adalah perjuangan kaum Cina yang ekstremis dan rasis.

8. Dengan ucapan pengerusi tetapnya yang tidak fasih berbahasa Melayu dan sering berkata di dalam bahasa Mandarin jelas menunjukkan bahawa parti ini hanya condong kepada kaum Cina sahaja.

9. Kononnya CEC kali ini tidak memihak kepada calon Melayu atas dasar perwakilan berhati-hati dengan calon Melayu akibat daripada kes Tunku Aziz yang keluar dari parti dan mengkritik dengan keras dari luar.

10. Masih lagi bersifat perkauman yang jelas di sini kerana perwakilan tidak mengundi semata-mata kerana warna kulit dan keturunan dan bukannya atas dasar kebolehan.

11. Kenyataan oleh Ahmad Bin Ton ini jelas menunjukkan bahawa DAP masih tidak berUBAH. Konsep Malaysian Malaysia ataupun bangsa Malaysia jelas menunjukkan bahawa DAP adalah parti perkauman rasis yang teruk serta tidak mengamalkan konsep demokrasi.

12. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments:

Post a Comment