2. Rev. Eu Hong Seng yang mengendalikan gereja tersebut adalah pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF).
3. Beliau pernah mengundang kontroversi serta Perkasa menuntut supaya Rev. Eu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mempersoalkan Perk. 153 Perlembagaan Persekutuan; Kedudukan Istimewa Orang Melayu.
Gereja Evangelis kuat pengaruhnya
1. FGT adalah sebuah gereja mega kaya-raya umpama City Harvest yang menggalakkan ahli jemaahnya menyumbang derma melalui pembayaran kad kredit (lihat screenshot bawah).
2. Seperti juga City Harvest, ia sebuah gereja karismatik yang tidak terikat kepada mana-mana aliran Kristian lama misalan Roman Katolik, Anglican, dsb.
Semua maklumat diperoleh daripada laman sesawang http://www.fgt2u.org.
Gaya memikat generasi moden
1. Gereja ini bersifat karismatik dan mirip kepada City Harvest dalam kaedah ia menganjurkan kegiatan-kegiatan yang mengasyikkan seperti program muzik dan tari-menari.
2. Gaya mereka bersembahyang juga kelihatan lebih khusyuk berbanding aliran Kristian tua (gambar, bawah).
3. Rev. Eu telah memperkenalkan rancangan Evangelism Explosion (EE) untuk membantu melatih sukarelawan supaya mampu menjalankan dakwah dengan lebih berkesan.
4. Para pengikut gereja FGT adalah seumpama geng “Take Subang for Jesus“.
Misi Gereja |
Penganut agama sedang bersembahyang |
Organisasi cekap dan teratur
1. Keahlian FGT telah melipat ganda sejak gereja tersebut dibentuk pada tahun 1981, ketika itu bertapak di sebuah rumah kedai kawasan SS2, Petaling Jaya. Selepas lima tahun perkembangan pesat, FGT berpindah pula ke tapak yang lebih besar di Damansara Jaya.
2. Pada hari ini, FGT mempunyai bangunan sendiri serta seramai 84 orang pekerja dalam rangkaian gerejanya yang amat luas bukan sahaja di seluruh Malaysia tetapi juga di negara-negera asing.
3. Sekiranya FGT dibandingkan dengan profil syarikat, maka boleh dirumuskan ia sebuah bisnes keluarga yang amat maju dan berjaya. FGT diterajui Rev. Eu dan pastor Goh Hock Huat yang mana isteri masing-masing pun berperanan pastor juga.
Sasaran FGT
1. Di samping orang Cina, FGT turut mensasarkan orang India yang bertutur bahasa Tamil dan juga penduduk yang berbahasa ibunda Melayu.
2. Gereja ini mengadakan sembahyang beberapa sesi seminggu bagi jemaahnya dalam bahasa Melayu (lihat jadual, bawah).
Dakwah kepada kanak-kanak pun
1. Agama Kristian kian menular di kalangan masyarakat Cina kerana badan-badan agama Buddha tidak mengikut jejak langkah evangelis mengadakan kegiatan-kegiatan menghibur yang memberi tumpuan khusus kepada kanak-kanak dan remaja (lihat senarai program, bawah).
2. Juga agama Buddha yang berunsur pemikiran falsafah (philosophical) kurang menarik bagi golongan muda-mudi yang lebih mengemari daya dinamik City Harvest Church, DUMC dan FGT.
3. Seperti Gereja City Harvest, pemasaran ala komersial FGT dibuat melalui konsert, rakaman album lagu, dsb.
Usaha-usaha mendakwah di Subang Jaya
1. Subang Jaya selalu diberikan liputan serta promosi dan publisiti oleh media suara pembangkang seperti Selangor Times dan The Star. Kawasan DAP tegar ini adalah pusat kebangsaan evangelisme.
2. Selain Nurul Izzah, ahli panel di forum kontroversi itu yang berlangsung di Subang Jaya pada tempoh hari termasuk Mujahid Yusof Rawa.
3. Cuba anda lihat siapakah yang duduk di baris hadapan gereja Full Gospel Tabernable itu(gambar bawah).
Hannah Yeoh ADUN Subang Jaya |
Hasan Ali: Evangelis dakwah kepada Melayu
1. Hasan Ali memberitahu dewan di forum Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru bahawa terdapat kira-kira 20-30 orang pastor Melayu yang sedang menjalankan dakwah Kristian di kawasan Lembah Kelang.
2. Dakwaan Hasan Ali adalah suatu tuduhan amat serius kerana ia membongkarkan kaedah tipu muslihat evangelis untuk memperdaya kaum Melayu.
3. NGO Jati yang dipelopori Hasan Ali yakin usaha-usaha dakwah evangelis agresif sedang menular secara senyap dan berselindung di kalangan kaum Melayu bandar.
4. Dengan tersungkurnya MCA dan bangkitnya DAP 2.0 Kristian yang kuat bermain politik gereja, pertembungan antara agama tidak akan dapat dielakkan lagi.
5. Maka dari sudut manakah kita hendak menilai kenyataan Nurul Izzah tersebut?
6. Analogi yang mudah untuk kita faham mengapa golongan ekstremis Kristian ini boleh bertindak sedemikian adalah dengan sebuah kisah ini:
6. Analogi yang mudah untuk kita faham mengapa golongan ekstremis Kristian ini boleh bertindak sedemikian adalah dengan sebuah kisah ini:
"Andaikan anda seorang 'kepala' Mat Rempit di dalam kampung sendiri. Sekiranya anda 'ramp' motor anda dengan sekuat-kuatnya di dalam kampung anda sendiri, mungkin anda tidak akan ditegur kerana tidak ramai yang berani dengan anda. Sekiranya anda merempit di kampung orang lain, mungkin motor anda akan tersadai di dalam longkang. Tetapi, jika anda bersahabat baik dengan 'kepala' Mat Rempit di kampung orang lain tersebut, anda mungkin selamat kerana di'back-up' olehnya"
7. Maka, mengapa golongan ekstremis agama ini berani untuk bertindak sedemikian adalah kerana adanya orang Melayu sendiri yang menyokongnya.
Memahami Perlembagaan Persekutuan
1. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, telah digariskan beberapa artikel yang memelihara kedudukan agama Islam dan orang Islam itu sendiri.
2. Memang benar draf perlembagaan asal adalah daripada Suruhanjaya Reid. Tetapi di dalam Suruhanjaya itu sendiri terdiri daripad 2 orang Islam iaitu Hakim Malik dari India dan Hakim Abdul Halim dari Pakistan.
3. Draf itu pula dibentuk melalui 131 memorandum yang dihantar oleh pelbagai pihak termasuk Parti Perikatan dan Parti PAS sendiri.
4. Perlembagaan tersebut juga telah mengalami banyak kali pindaan sehingga menjadikan ia seperti apa yang kita ada sehingga kini.
5. Parti PAS sendiri pernah berada di dalam Kerajaan Persekutuan apabila bergabung dengan Parti Perikatan untuk membentuk Barisan Nasional pada tahun 1973 sehingga 1978 di bawah kepimpinan Asri Muda.
6. Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan bahawa segala apa dakwah agama lain yang hendak disampaikan kepada orang Islam adalah ditegah sama sekali, tetapi untuk agama lain berdakwah kepada penganut agama lain selain Islam dibenarkan.
7. Ini adalah bertujuan untuk memelihara kedudukan agama Islam itu sendiri untuk negara yang dikira masih lagi muda dalam mentadbir.
8. Perkara 160 (1) pula mentakrifkan orang Melayu itu mestilah beragama Islam. Maka sekiranya tuan membenarkan seorang Melayu itu untuk memilih agamanya sendiri bukankah tuan membuka ruang bagi orang Melayu untuk murtad. Dan apakah pula hukum bagi murtad tersebut?
9. Cantiknya lagi Perlembagaan Persekutuan ini, jika dapat dilihat hikmahnya apabila digandingkan dengan Perkara 153, Memelihara Kedudukan Istimewa Orang Melayu. Bukankah itu jika digandingkan keduanya itu, tujuannya adalah untuk memelihara Kedudukan Orang Islam juga?
10. Yang menjadi pokok merangkumi ke semua perkara ini adalah Perk. 3 Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
11. Masalah mula timbul apabila Sejarah tidak dihayati dan Perlembagaan Persekutuan tidak difahami oleh rakyat. Dan politik Pembangkang mula mengambil kesempatan di atas perkara tersebut.
12. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara
Sebahagian artikel dipetik dari AIDC
Assalammualaikum
ReplyDeleteMinta jasa baik pihak tuan untuk memautkan blog Wak kepada blog tuan.
Blog tuan sudah dipautkan kepada blog Wak. Terima kasih.