Nov 27, 2012

#PAU2012 : Bagaimana Pembangkang Akan Mengeksploitasikan Perhimpunan Agung UMNO 2012 #PAU2012 @TunFaisal @Fuhas_Tweet @NajibRazak @HisahmmuddinH2O @Zahid_Hamidi



1. Seperti yang sedia maklum, Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada jam 3.00 ptg ini sehingga 1 hb Disember merupakan perhimpunan Agung UMNO yang terakhir sebelum PRU-13.

2. Perhimpunan juga adalah 'event' yang paling penting dalam menentukan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional di dalam PRU-13.

3. Atas dasar 'win or die' ini, perhimpunan kali ini dilihat sebagai satu peluang terakhir bagi pihak pembangkang untuk mengeksploitasikan apa-apa jua kelemahan yang bakal dilakukan oleh pihak UMNO.

4. DS Najib juga sedar akan perkara ini dan beliau sendiri berpesan agar perwakilan yang bakal berucap tidak melakukan sebarang kesilapan ataupun sengaja mencipta populariti segera dengan melakukan ucapan yang kontroversi.

5. Pihak UMNO sepatutnya mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku pada Muktamar PAS ke-58 tempoh hari.

6. Kita cuba baca pula apakah yang pihak pembangkang akan eksploitasikan daripada perhimpunan ini.



Spekulasi Perancangan Pembangkang

1. Pembangkang akan menghantar media mereka untuk menyelinap masuk ke dalam Dewan Perhimpunan tersebut.

2. Walau bagaimana ketat sekalipun sekuriti yang menjaga keluar masuk orang ramai, tetap akan terlepas seorang dua.

3. Kemudian, individu yang terlepas ini akan bertindak untuk merakamkan apa jua kejadian yang berlaku di dalam dewan. Samada perwakilan tidur, ucapan perwakilan yang 'panas' ataupun kontroversi, dan apa jua kejadian yang boleh dieksploitasikan oleh pembangkang.

4. Pada masa yang sama, individu tersebut juga akan membawa masuk bahan-bahan hasutan yang ingin melaga-lagakan antara perwakilan ataupun parti komponen.

5. Mengikut 'trend' politik sesama, sokongan orang Melayu telah beralih kepada UMNO akibat daripada kes Nurul Izzah dan Doa Hancurkan UMNO dan BN tempoh hari.

6. Maka, kumpulan minoriti pula akan menjadi sasaran pihak pembangkang ini seperti mana mereka lakukan pada tahun 2008.

Pengurusan persepsi pembangkang berjaya memainkan isu ini walaupun tidak ada salahnya bagi Melayu untuk memegang keris.

7. Iaitu, isu perkauman seperti mana yang berlaku kepada Dato' Hishammuddin Hussein apabila beliau dicop sebagai rasis apabila menghunuskan keris.

8. Maka perkara seperti ini haruslah dijaga dengan baik oleh DS Najib ketika persidangan ini.

9. Kiranya jika melihat kepada isu-isu yang berlaku sejak kebelakangan ini, isu Kristian akan dimainkan. Pembangkang akan cuba memperlihatkan pihak UMNO ini bersifat ekstrem dan anti-Kristian.

10 Baru-baru ini juga, Hindraf tiba-tiba sahaja dhidupkan semula dan terus menyerang pucuk pimpinan tertinggi, DS Najib dengan segera.

11. Ahad lepas, Dong Zong dan Himpunan Anti-Lynas pula mengadakan satu demonstrasi jalanan yang terdiri 90%nya adalah kaum Cina.

12. Ini adalah perangkap yang telah dirancang oleh pihak pembangkang. Dengan menggunakan platform kaum minoriti, pihak pembangkang cuba menjolok perwakilan-perwakilan untuk melatah dan memasukkan elemen kaum di dalam ucapan mereka.

13. Walaupun berbentuk sindiran yang sehalus mana pun, pihak media pembangkang ini akan bersedia dan akan mengeksploitasikan situasi tersebut dengan semaksima mungkin.

14. Walaupun ucapan perwakilan tersebut tidak mewakili pendapat pemimpin tertinggi, namun itu bukan menjadi masalah buat pembangkang untuk memainkan perkara tersebut sehingga boleh menggambarkan kepada rakyat bahawa itulah UMNO secara keseluruhannya.

15. Berhati-hati bagaimanapun para perwakilan ini, namun hakikatnya manusia tidak terlepas dengan kesilapan. Dengan satu kesilapan kata ini sahaja, kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional ini boleh musnah dengan sekelip mata.

16. Maka, bagi pihak yang mendengar, yang melihat, yang menonton, yang terlibat, sekiranya berlaku kesilapan tersebut janganlah dipanjang-panjangkan dan disebar-sebarkan.

17. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

NOTA: Dengar-dengar kisahnya akan ada mesyuarat bloggers Pro-Pembangkang di Dewan Himpunan Cina jam 12.00 tghari hari ini. Apa agendanya ya?

No comments:

Post a Comment