Oct 19, 2012

Memahami Proses Penyediaan Belanjawan Negara.

Latar Belakang

1. Dalam keadaan masyarakat sibuk mempersoalkan tentang belanjawan mana yang lebih bagus dan memanfaatkan negara serta rakyat, kiranya ramai yang masih tidak tahu dan tidak ambil tahu bagaimana proses untuk menyediakan belanjawan itu sendiri.

2. Dan semestinya belanjawan itu tidak boleh dibincangkan di kedai kopi, di tepi jalan tanpa satu kajian yang menyeluruh.

Rujukan Pelan Masa Panjang



3. Sebelum sesebuah belanjawan itu dirangka dan dicadangkan kepada Parlimen, ia perlulah merujuk kepada satu pelan, ataupun modul pelan jangka panjang terlebih dahulu.

4. Di dalam kes negara kita, DS Najib merujuk kepada Rancangan Malaysia Ke-10 manakala Pembangkang tidak mempunyai satu dokumen yang lebih kurang sama maka kita akan merujuk kepada Buku Jingga.

5. Kita bandingkan pula antara keduanya dari perspektif mudah faham dan bukannya di dalam bahasa ekonomikal.


klik untuk paparan lebih besar

6. Jika dikaji dengan sedikit mendalam lagi, berikut adalah pendekatan pelaksanaan yang hendak dilakukan oleh kedua-dua pihak.

klik untuk paparan lebih besar

9. Jelas menunjukkan bahawa pendekatan yang diguakan oleh Pembangkang lebih bersifat politikal dan cendeung ke arah pendekatan popular.

Tatacara Penyediaan Belanjawan Negara

1. Setelah kita lihat perbezaan antara RMK10 dan juga Buku Jingga, kita kaji pula tatacara ataupun proses dalam menyediakan Belanjawan untuk Negara.

Klik untuk paparan lebih besar

klik untuk paparan lebih besar
 2. Dapat dilihat di sini bahawa untuk menyediakan belanjawan memakan masa dua tahun dan bukannya sebulan dua dan ini melibatkan penyertaan kesemua kementerian yang ada.

3. Perlu diingatkan juga proses ini perlu akur kepada pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Pembendaharaan Negara. (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2012.)

4. Di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2012, telah dinyatakan bahawa dalam menyediakan cadangan Belanjawan perlu menggunakan sistem Bajet Berasaskan Outcome (OBB) dan OBB telah diterangkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012 dan ia perlu dibaca bersama.

5. Di dalam sistem OBB yang diperkenalkan juga terdapat organisasi yang dibentuk bagi memastikan kelancaran sistem tersebut.

Klik untuk paparan lebih besar
6. Di dalam merancang pelaksanaan OBB pula, Unit Perancang Ekonomi pula telah memperkenalkan pendekatan berasaskan outcome (OBA). Berikut adalah Kerangka Keberhasilan Nasional.

Klik untuk paparan lebih besar
7. Sementara itu pula, terdapat pelbagai agensi pusat yang telah ditugaskan untuk membuat perancangan, penyediaan, pemantauan dan penilaian serta pelaporan keberhasilan seperti jadual di bawah.
Klik untuk paparan lebih besar

7. Maka dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan (banyak lagi yang tidak dinyatakan di blog ini) maka barulah suatu belanjawan itu sah untuk dicadangkan ke parlimen.

Perbandingan Belanjawan Kerajaan dan Belanjawan Pembangkang

1. Setelah dilihat tatacara dan panduan dalam menyediakan Belanjawan Negara, kita bandingkan pula antara Belanjawan Kerajaan dan Pembangkang.

Klik untuk paparan lebih besar
 2. Pihak Pembangkang hanya menyediakan belanjawan pada tahun 2012 dan 2013 sahaja dan tidak menyediakaan Belanjawan sejak Buku Jingga dikeluarkan.

3. Sekiranya kita baca Belanjawan Pembangkang 2012, ia dilihat lebih kepada mengkritik kerajaan secara melampau dan tidak mempunyai sebarang asas untuk tujuan Belanjawan. Segala belanja yang diperuntukkan tidak menyentuh Emolumen, Pembangunan mahupun Belanja Operasi.

4. Mungkin kerana itulah, Tian Chua dan Rafizi yang dipertanggung jawabkan untuk merangka Belanjawan Pembangkang 2012 tidak dipanggil untuk merangka Belanjawan Pembangkang 2013. Sebaliknya Tricia Yeoh pula diberikan tugasan ini.

5. Manakala di pihak Kerajaan pula, menggunakan Agensi Pusat seperti jadual diatas yang melibatkan ratusan pakar-pakar ekonomi untuk memberikan hasil yang terbaik untuk negara Malaysia dan bukannya DS merangkanya seorang diri sahaja.

Belanjawan Negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan

1. Belanjawan Negeri-Negeri di bawah pemerintahan PKR, DAP dan juga PAS juga tertakhluk kepada proses dan tatacara yang sama seperti Belanjawan Negara tetapi cuma melibatkan Agensi Negeri dan sebahagian daripada Agensi Pusat.

2. Belanjawan Negeri boleh dirujuk di bawah:
3. Jelas dinyatakan di dalam setiap belanjawan negeri-negeri tersebut memperincikan jumlah perbelanjaan operasi, perbelanjaan pembangunan dan sebagainya.

4. Ini kerana setiap daripada belanjawan tersebut telah mengikut tatacara dan proses yang telah ditetapkan oleh negeri masing-masing serta mendapat maklumat daripada setiap agensi di bawah kerajaan negeri.

5. Kerana atas dasar inilah pembangkang di setiap negeri tersebut (BN) tidak menyediakan sebarang Belanjawan Bayangan kerana sedar yang ia hanyalah omongan kosong sahaja kerana tidak melalui proses, tatacara dan tidak menerima sebarang maklumat daripada agensi negeri tersebut.

Kesimpulan/Refleksi

1. Daripada apa yang telah dibincangkan daripada awal, jelas menunjukkan bahawa Belanjawan Negara yang dibentangkan oleh DS Najib adalah untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat dan bukannya bersifat politikal.

2. Dengan proses yang panjang serta melibatkan tenaga kerja yang ramai sudah tentunya Belanjawan Kerajaan bukannya hasil daripada pimikiran seorang sahaja.

3. Sekiranya kita mengiktiraf Belanjawan Pembangkang, sudah tentunya kita menghina intelek dan juga tenaga pegawai-pegawai Kerajaan yang bertungkus lumus menyediakannya. 

3a. Hasil daripada seorang Tricia Yeoh langsung tidak boleh dibandingkan secara analitikal dan ekonomikal dengan Belanjawan Negara kerana beliau menghasilkan satu bentuk belanjawan jalanan yang Rhetorical sahaja.

3b. Malahan Belanjawan Pembangkang ini diumumkan beberapa hari sebelum DS Najib membentangkan Belanjawan Negara. Atas dasar apakah yang Tricia Yeoh boleh memberikan satu empirical value untuk menandingi Belanjawan Negara?

3c. Belanjawan Jalanan ataupun Rhetorical ini hanyalah untuk meraih populariti dan mengambil kesempatan politik sahaja. 

4. Perlu diingatkan juga, sekiranya Pembangkang berjaya menguasai negara, Belanjawan mereka juga tidak dapat dilaksanakan sama sekali kerana mereka perlu melalui proses dan tatacara yang sama seperti yang digariskan oleh Pekeliling Pembendaharaan dan Perlembagaan Persekutuan.

5. Akhirnya mereka juga akan menghasilkan satu Belanjawan yang hampir sama dengan apa yang dicadangkan oleh DS Najib hasil daripada terimaan input daripada setiap Kementerian dan Agensi Pusat yang terlibat.

6. Sama juga keadaan di negeri-negeri yang tidak dikuasai BN.

7. BN tidak mengeluarkan Belanjawan Bayangan mereka sendiri kerana tahu Belanjawan tersebut tidak akan dapat dilaksanakan sama sekali dan hanya menjadi bahan ketawa serta membuang masa sahaja. Mereka tidak mahu membohong rakyat demi populariti.

8. Rakyat Malaysia perlu menilai Belanjawan Negara dari gambaran yang lebih besar dan bukannya hanya memikirkan 'apa yang akan aku dapat' sahaja. Rakyat juga perlu tahu yang mana benar-benar bertujuan untuk mendapat keuntungan politikal dan populariti dan yang mana untuk kemakmuran negara.

9. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments:

Post a Comment