1. Sambutan Kemerdekaan 55 Tahun akan menyaksikan dua rekod baru yang bakal ditempa oleh rakyat Malaysia melalui program Tweet Merdeka. (Klik di sini)
2. Rekod himpunan Twitter terbesar di dunia dan Rekod Tweet Terbanyak Menggunakan Hashtag Dalam Masa Sejam.
3. Kedua-dua rekod ini ingin ditempa kerana kejayaan Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan DS Najib Razak di dalam media sosial terutamanya di Twitter.
4. Dengan semakin hampirnya program ini dilaksanakan, tiba-tiba sahaja berlaku serangan terhadap DS Najib Razak dan beberapa kepimpinan tertinggi kerajaan yang kononnya mereka ini mempunyai 'fake account' yang terlalu banyak di media sosial Twitter.
5. Kewujudan ini dapat dikesan melalui laman web StatusPeople (Klik di sini).
6. Melalui informasi seperti ini, pihak pro-pembangkang cuba menggunakan laman web ini untuk discredit kejayaan dan pencapaian pihak Kerajaan Barisan Nasional di arena media sosial.
7. Pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai followers yang ramai ini dikatakan telah mengupah atau membayar sindiket untuk meramaikan jumlah followers mereka.
Memahami Fake Account
Sebelum kita boleh menilai dan menjatuhkan tukul hukuman kepada pihak Kerajaan BN seperti yang kita semua suka lakukan, kita perlu meneliti dan faham tentang:
- Apakah yang dimaksudkan dengan fake account
- Bagaimanakah sesuatu akaun itu diterima pakai sebagai fake
- Bagaimanakah caranya laman web ini mengira fake account
Mengikut yang digariskan oleh laman web StatusPeople.
Apakah yang dimaksudkan dengan Fake Account
Fake Account ialah akaun yang dibuat bertujuan untuk 'follow' akaun-akaun orang lain secara pukal dengan bertujuan untuk meramaikan 'follower' akaun tersebut atau untuk 'spam' iklan-iklan, link, dan apa juga maklumat secara meluas.
Bagaimanakah sesuatu akaun itu diterima pakai sebagai fake
Secara asasnya, fake accounts ataupun spam accounts mempunyai tiada atau sedikit followers dan tweets. Pada masa yang sama, akaun-akaun ini 'follow' banyak akaun-akaun orang lain.
Bagaimanakah caranya laman web ini mengira fake account
StatusPeople mengambil sampel sehingga 500 followers sesebuah akaun itu dan menganalisa mereka berdasarkan kriteria spam yang mudah.
Analisa
1.Dengan dapatan sampel sebanyak hanya 500 akaun, terdapat satu limitasi sekiranya akaun tersebut mempunyai followers yang lebih ramai daripada 10,000 akaun.
2. Sekiranya anda mempunyai followers seramai 10,000 akaun, magnitud gandaan yang digunakan pun adalah 20x.
3. Bermaksud anda mengandaikan bahawa archtype 10,000 tersebut adalah sama seperti archtype 500 akaun.
4. Ini masih di dalam jurang yang boleh diterima pakai.
5. Sekiranya kita mengambil akaun @NajibRazak yang mempunyai 823,720 followers, magnitud gandaannya adalah sebanyak 1647.4x
6. Setentunya ini akan memberikan satu keputusan yang amat tidak tepat dan lari daripada maksud asal analisa tersebut.
7. Perkara ini diperakui oleh laman web StatusPeople itu sendiri. (baca di sini)
8. Jika anda periksa sendiri akaun-akaun gergasi seperti @NajibRazak, @LisaSurihani, @HishammuddinH20 anda boleh lihat satu corak yang agak serupa termasuk dengan @BarackObama dan @LadyGaga sendiri.
9. Iaitu Fake berada pada 40%-50%, Inactive berada pada 30%-40% maka good berada pada 10%-30%.
10. Hujah yang mengatakan bahawa akaun @NajibRazak itu mempunyai sehingga 48% fake account tidak boleh diguna pakai dan perkara ini telah diterangkan sendiri oleh pihak StatusPeople!
Jika Hendak Ambil Kira StatusPeople Ini AMAT TEPAT SEKALI!
1. Kita bandingkan antara @NajibRazak dan @AnwarIbrahim.
2. @NajibRazak mempunyai 823,720 followers berbanding @AnwarIbrahim yang mempunyai 184,153 followers.
3. Di sini boleh dilihat bahawa @NajibRazak menguasai 82% berbanding @AnwarIbrahim sebanyak 18% sahaja.
4. Sekiranya diambil pula pemberat Good Account iaitu @NajibRazak 16% dan @AnwarIbrahim sebanyak 29% didapati @NajibRazak masih lagi mendominasi Media Sosial sebanyak 71% manakala @AnwarIbrahim sebanyak 29%.
5. Memang terdapat sebanyak 11% penambahan oleh @AnwarIbrahim tetapi tidak bermaksud kejayaan Kerajaan BN di media sosial boleh diragui.
6. Ini pun setelah mengambil kira sekiranya aplikasi yang dibangunkan oleh laman web StatusPeople ini sangat tepat.
Kesimpulan
1. Sememangnya betul wujud akaun-akaun yang dikategorikan sebagai fake account pada setiap pemilik akaun Twitter ketika tidak kira siapa pun anda.
2. Tetapi bukanlah disebabkan oleh sindiket ataupun upah yang dibayar untuk meramaikan followers.
3. Terdapat juga individu-individu yang membuka akaun Twitter tetapi selepas itu tidak mengabaikan akaun tersebut.
4. Malaysia ini sebenarnya adalah negara membangun dan penetrasi Internet berada pada tahap 56% ketika ini. Tahap celik IT mungkin sudah meningkat tetapi kesedaran IT (IT Conciousness) belum lagi berada pada tahap yang sepatutnya.
5. Maka terdapat ramai juga pemilik-pemilik akaun yang tidak aktif, atau cuba-cuba guna ini dikira sebagai fake account. Tetapi mereka ini betul-betul menyokong kepada individu-individu yang mereka follow itu.
6. Terdapat limitasi terhadap sistem yang dibangunkan oleh manusia ini.
7. Sistem ini tidak boleh menilai sentimen-sentimen manusia yang mempunyai pelbagai lapis emosi.
8. Sistem ini juga hanya merekodkan ciri-ciri yang telah ditetapkan dan tidak dapat kesan maksud tersirat.
9. Maka sesuainya aplikasi ini hanyalah untuk garis panduan sahaja dan tidaklah boleh diambil sebagai pedoman di dalam sesuatu perkara.
10. Perkara ini sudah lama diperkatakan sejak mula-mula Facebook menjadi popular dahulu.
11. Tetapi persoalannya, mengapa dengan adanya Program Tweet Merdeka yang bakal diadakan tidak lama lagi, baru sekarang isu ini kononnya mahu dibongkarkan?
12. Gunakan hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara.
kupasan menarik. tapi, wallahualam, dunia hari ni macam-macam cara ada utk puaskan hati. pasal fake acc ni benarnya, isu remeh. byk lagi perkara yg perlu diketengahkan.
ReplyDeleteTerima Kasih atas komen saudara, zaman kini kebenaran itu terpilih. Selective truth, org memilih kebenaran yg sesuai dgn pendirian dan sokongan mereka. Jika berlawanan dgn itu, segalanya adalah tidak benar dan muslihat belaka.
ReplyDeleteSaya tahu dari mana fake profiles ini dibeli, siapa yang menjual dan siapa yang membeli. Tak perlu goreng panjang2 untuk menipu.
ReplyDeletekat mana boleh beli? cube buat experimen boleh? tambahkan follower ko dulu. kalau ko berjaya, nanti aku nak ikut muhahahaha
ReplyDeleteAnon 6:40PM: Seperti yang saya katakan, apabila seseorang itu memilih untuk mengambil kebenaran yang memenuhi kepuasan diri sahaja maka apa sahaja argumen yang dibawa oleh sesiapapun tidak mahu diambil kira langsung.
ReplyDeleteAnon 5:55AM: Wah, lepas ni bolehlah bersaing dengan @LisaSurihani
ReplyDelete