Di Mana Letaknya Kemuliaan?
- Seorang Ulama besar dijemput untuk menghadiri satu majlis keramaian.
- Beliau berhasrat untuk berpakaian biasa kerana cuaca panas.
- Apabila beliau tiba di majlis tersebut, tiada seorang pun tegur akan beliau.
- Maka beliau pulang dan berpakaian kebiasaannya; berjubah, berserban dan bertasbih.
- Sebelum beliau sempat sampai di pintu rumah, beliau disambut dengan penuh meriah, penuh keramahan dan penuh kemuliaan.
- Beliau diletakkan di meja paling besar dan diberikan dulang makanan untuk beliau seorang sahaja.
- Lalu beliau membuka serbannya, membuka jubahnya lalu meletakkannya bersama-sama tasbih beliau di dalam dulang tersebut dan lalu beliau berkata, "Bukan saya yang layak makan semua makanan ni, tetapi pakaian saya."
- Beliau pun lantas pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment