Apr 18, 2012

BAHAYA!!! Pendedahan Strategi Bersih 3.0

1. Demonstrasi yang berlaku di Dataran Merdeka ketika ini bukanlah bertujuan untuk membantah atau memansuhkan PTPTN sebenarnya.


2. Pihak Pakatan Rakyat (PR) tahu yang isu PTPTN ini tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan dan ia juga tidak munasabah untuk dibincangkan sekalipun.

3. Tujuan utama 'Occupy Dataran' ini ataupun Demonstrasi Mansuhkan PTPTN ini adalah bertujuan untuk membina momentum ke arah event yang lebih besar iaitu Bersih 3.0 yang bakal dijalankan 28 April 2012.

4. Bersih 2.0 menyaksikan permulaan teknik demonstrasi yang digunapakai daripada Centre for Applied Non Violent Actions and Strategies (CANVAS) yang dipelopori oleh Srdja Popovic dan Slobodan Djinovic.




5. Bersih 3.0 akan menjalankan teknik 'Duduk dan Bantah' yang bertujuan untuk mendapatkan simpati melalui permainan media.

6. Terdapat 3 Methodologi yang telah disusun oleh pihak CANVAS yang diguna pakai oleh PR untuk menyusun strategi mereka. (Sila klik pada link untuk melihat setiap penerangan untuk methodologi tersebut.)

7. Strategi Demonstrasi yang bakal digunakan

  • Demonstrasi akan dimulakan dengan berkumpul di 'Rallying Point'. Untuk kes Bersih 3.0, Dataran Merdeka yang akan menjadi 'Rallying Point'.

  • Sit-In ataupun Duduk dan Bantah.

  • Pendemonstran akan melaungkan kata-kata untuk menaikkan perasaan marah para demonstran terhadap UMNO/BN. Kemarahan tersebut akan disalurkan kepada Pihak penguatkuasa iaitu Polis.

  • Polis dan FRU akan membentuk pagar manusia mengikut SOP yang ditetapkan.

  • Akan ada sekumpulan kecil yang akan pecah daripada kumpulan besar untuk memprovokasi pihak Polis. (Ini tidak akan dimainkan oleh media mereka).

  • Kumpulan ini akan membawa Polis dan FRU kearah kumpulan pendemonstran yang besar.

  • Ketika ini pihak media PR (termasuk media luar yang menyokong PR) akan bersedia untuk merakamkan sebarang 'keganasan' yang akan dilakukan oleh pihak polis.

  • Gambar dan video akan diambil dengan sudut untuk menunjukkan Pendemonstran dikasari, dipukul dan sebagainya.
  • Gambar dan Video ini akan dimuat naik ke Internet untuk paparan umum dan seterusnya dimainkan secara persepsi dan mengundang kemarahan umum terhadap pihak Polis dan FRU.
  • Berlaku konfrantasi antara pendemonstran dan pihak berkuasa.


  • Ketika ini akan berlaku kekalutan dan ramai yang akan cedera.

  • PERHATIAN! TEKNIK SETERUSNYA BELUM PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA TETAPI KEMUNGKINAN UNTUK BERLAKU DI BERSIH 3.0 AMAT TINGGI BERDASARKAN TREND YANG PIHAK PR IKUTI. INI ADALAH RAMALAN MENGIKUT APA YANG BERLAKU DI NEGARA LUAR SEPERTI DI IRAN. KITA BERDOA AGAR PERISTIWA INI TIDAK SAMA SEKALI BERLAKU DI NEGARA KITA.
  • Planned Sympathize Death. Kematian simpati yang dirancang.
  • Bersih 3.0 akan menyaksikan akan berlakunya kematian yang dirancang. 
Kematian Neda sewaktu Protes di Iran. Kononnya ditembak oleh polis tetapi setelah bedah siasat didapati peluru jenis itu tidak digunakan oleh polis dan tidak dijual di mana-mana bahagian di Iran.

  • Kematian ini akan menjadi bahan permainan isu oleh pihak PR untuk meraih simpati sempena PRU ke-13 ini.
  • Kematian ini akan dirancang supaya dilihat yang melakukannya adalah tindakan Kerajaan Persekutuan. Dan kematian individu tersebut akan meraih semaksimum undi simpati yang mereka boleh.
  • Jikalau media pihak Pembangkang memainkan isu ini dengan baik, Kerajaan boleh tumbang sebelum PRU ke-13 dengan cara rampasan kuasa oleh rakyat. Pertumpahan darah akan berlaku.
  • Persoalannya. Siapakah individu yang boleh meraih simpati dan mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan sekaligus?
  • Adakah pendemonstran biasa? Mungkin tidak kerana tidak mendapat impak yang besar.
Ditiru dari peristiwa Neda di Iran. Cuma ini adalah lakonan.
  • Adakah Mahasiswa? Boleh jadi kerana kematian remaja akan mendapat liputan oleh media.

  • Adakah Adam Adli? Boleh jadi tetapi kebanyakan rakyat benci dan tidak suka kepada beliau.

  • Adakah Ambiga? Mungkin tidak kerana simpati daripada bangsa Melayu tidak akan tercapai.

  • Adakah makcik ini? Boleh jadi kerana gambar beliau telah dimainkan sewaktu Bersih 2.0
  • Adakah Mat Sabu? Mungkin tidak kerana beliau adalah jurucakap bagi pihak PAS. Dan jika beliau dibunuh sekalipun pihak umum tidak akan peduli sangat.

  • Adakah Anwar Ibrahim? Tidak sama sekali kerana beliau adalah watak yang akan memperoleh simpati daripada rakyat. Beliau akan memainkan peranan selepas peristiwa 'pembunuhan' itu berlaku.

  • Adakah Nurul Izzah? Kemungkinan tinggi kerana beliau adalah anak kepada Anwar Ibrahim dan menaikkan simpati rakyat kepada Anwar sendiri.

  • Adakah Wan Azizah? Kemungkinan yang amat tinggi kerana beliau adalah isteri kepada Anwar Ibrahim dan kematian beliau akan meraih simpati dan kemarahan rakyat. Lagipun ketika ini beliau terlibat di dalam isu Samsidar dan sebagai cara penyelesaian untuk menutup isu tersebut.

8. Diharapkan bahawa penganjur Bersih 3.0 tidak akan bertindak sebegitu ekstrem untuk melakukan Kematian Terancang tersebut.

9. Walau bagaimanapun, penglibatan agensi daripada luar negara seperti CIA dan Mossad adalah tidak mustahil. Mereka boleh menggunakan peluang yang ada untuk bertapak di Malaysia dan kemenangan PR pada PRU-13 ini akan menguatkan lagi kehadiran mereka untuk campur tangan di Malaysia ini.

9a. Cerita yang akan dikarang oleh pembangkang dan inilah yang paling ditakuti akan berlaku. Kononnya Kerajaan melepaskan das tembakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tersasar dan terkena isteri beliau. Anwar Ibrahim akan menangis di jalanan sambil gambarnya diambil oleh media asing. Orang yang melihat akan marah dan simpati dan keluar untuk 'bertempur' dengan polis. Polis pula akan mempertahankan keamanan dan konfrantasi akan berlaku. DS Najib akan didesak untuk mengundurkan diri jika tidak pihak Amerika Syarikat akan turun dan campur tangan. Dan apa yang berlaku di Mesir akan berlaku di Malaysia.

10. Cara penyelesaian terbaik, janganlah terlibat dengan Bersih 3.0 dan saya dengan rasa rendah hati merayu supaya pihak penganjur Bersih 3.0, tolonglah batalkan acara ini. Jangan hancurkan keamanan negara yang kita ada selama ini. Jangan musnahkan negara ini seperti Mesir, Syria, Libya dan banyak lagi contoh yang ada di luar sana.



11. Gunakan Hak untuk Berfikir sebelum Hak untuk Bersuara.

12. Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda akibat sengketa sesama kita. Cinta lenyap di arus zaman.

13. *Hasil pembentangan oleh Angin Perubahan.

31 comments:

  1. Pandangan anda terhad kepada sifat peribadi, bukan berdasarkan perancangan strategik dan boleh didengar dipelantar-pelantar ikan nelayan2 pun mampu menerangkan perkara yang sama.

    ReplyDelete
  2. Mohon kebenaran utk kutip sebahagian point sdr dlm artikel ini utk dipublish dlm blog saya.

    ReplyDelete
  3. Tiada Masalah, sila kreditkan sekali nama Angin Perubahan. TQ

    ReplyDelete
  4. Mohon share do blog saya juga..tk

    ReplyDelete
  5. terdesak ke penulis blog nih...umno suruh
    ker...sbb setahu saya...semua nih...lakonan and strategi ini adalah mainan umno sendiri

    ReplyDelete
  6. Ada orang PR sudah takut kebenaran ini akn tersebar. Sudah tentu tuduhan ke atas UMNO/BN akn terus dipermainkn.

    ReplyDelete
  7. Rasa tak yakin, sila surf website CANVAS sendiri, perfi ke tab method dan baca sendiri. Setiap aturan Bersih ini menggunakan teknik CANVAS. Mula dari simbol, warna sehinggalah ke hari kejadian, penggunaan twitter dsbnya. Tolong mengaji, kaji, uji barulah anda pasti.

    ReplyDelete
  8. PR ni mmg haram jadah yg di akar umbi tak tau yg depa ni jalan kan projek yahudi. yang kat atas tamak kuasa yg belum pun menjadi milik mereka

    ReplyDelete
  9. Bagus btul la artikel ni.. Tahniah!. ada tak kemungkinan senjata api akan dibekalkan kepada pendemo ni? saya telah meneliti video Zeitgeist: addenum. Rasanya, kaedah Bershit 3.0 ni memang seperti yg diceritakan dlm video tu (secara teknikal).

    ReplyDelete
  10. bagaimana mereka provoke polis untuk serang mereka? http://www.youtube.com/watch?v=mcLYLNgDhZA

    mengapa dalam media mereka langsung tak tunjuk video ni? especially dalam video "truth that cant be hide that day whatever shit"

    ReplyDelete
  11. bagaimana mereka provoke polis utk serang mereka? http://www.youtube.com/watch?v=mcLYLNgDhZA

    mengapa dalam media mereka langsung tak tunjuk video ni? especially dalam video "truth that cant be hide that day whatever shit"

    ReplyDelete
  12. hoyeah hoyeah!!!
    Give a clap to this blogger!!!
    For shaming the name of Salah Ad-Din and for fear mongering.
    Give a BIG CLAP TO THE BLOGGER!!!
    And my dear blogger give yourself a pat to your shoulder. you will need it.
    And by the way, Salah Ad-Din fight for truth and justice not like you.
    Fighting for injustice and lies...

    ReplyDelete
  13. wow blogger ni tinggi betul imaginasinya sampai perkara yang belum terjadi sudah di fikirkannya, rajin betul buat research. blogger macam kau ni nampak sangat terdesak.

    kepada "Rakyat Prihatin Yang Bersyukur", aku tahu kau penjilat buntut, jadi tak perlu bercakap soal provoke atau sebagainya, tak payah poyo la pakai nickname bersyukur bagai.

    ReplyDelete
  14. tOy: senjata api tidak akan dibekalkan.

    RPYB: Teknik provokasi ini memang berlaku. Tian Chua, Lee Huat Seng adalah pakar provokasi. Sebagai contoh, cuba cari gambar Lee Huat Seng menggunakan senapang mainan dalam posisi menembak. Apa yang akan polis lihat dari jarak jauh rasa-rasanya?

    Nonie: my kind of justice might be distorted in your view. But please do think for a moment of what I've written and please do compare them to what happened in other countries. Even the name 'Occupy' is being used now at Dataran. And now they are calling Dataran Merdeka Malaysian Tahrir Square. Each steps of 'Non-resistant Violent' which to be adopted for Bersih 3.0 are carbon copies from CANVAS. I am truly wish what I have written will not come true. I truly wish of that. But the current events that happening now are pointing to that direction. Even if the opposition will not go to such extremities, foreign agencies will not let such opportunity pass. I am not passing fear, but as a warning so that I will not have to say; I told you so.

    Anon: aku bukan blogger sepenuh masa, aku bukan blogger top ranking, aku bukan blogger yang post setiap hari. Aku post apa yang aku dapat dari hasil di sekeliling aku sahaja. Insya Allah, sama-sama kita dapatkan manfaat daripadanya.

    ReplyDelete
  15. lol its so freaking obvious that these PR supporters who commented here are peeing in their pants n funny how u posted something like this n these ppl commented rite away like they're watching ur every move..btw pls dig summore as i just cant stand d foolish PR leaders using d rakyat as their donkeys!!

    ReplyDelete
  16. p/s: shame on them for copy-catting d strategies used by canvas eh??

    ReplyDelete
  17. Dari apa yang saya baca penerangan en blogger telus dan bertujuan utk menjaga keamanan yg ada. Tapi kenapa comment2 dari pembangkang seperti tidak bijak. Hanya sekadar dapat mengkeji dan mengutuk. Kenapa tiada hujah2 yg lebih bernas utk counter blogger. Guna kan akal yg tuhan berikan dan sama2 kita pk sendiri baik dan buruk. Taksub kepada pemimpin tak kisah apa parti politik sekali pun tidak digalak kan sama sekali.

    ReplyDelete
  18. Blogger must be the end product of poor motivational system from UMNO/BN. Feel sorry for you man but if you carefully read what Democracy is all about and together with Universal Declaration of Human Rights, you will realize that your making fools of yourself.

    I hope you are not a lawyer.

    ReplyDelete
  19. If people have confident with EC you think they will take it to the street and protest? Not everything that against UMNO/BN are from the Opposition. They want changes coming from UMNO/BN itself, not until the PR take over later baru nak menyesal.

    That is what BERSIH is all about. Clean and fair election. If UMNO/BN really have the majority support from rakyat then i'm sure they have nothing to be afraid of.

    ReplyDelete
  20. Berani kerana benar, takut kerana salah. Pihak Bersih berani untuk duduk di atas jalan raya demi menyampaikan mesej yang nampaknya macam tak sampai ke telinga pihak kerajaan. Pihak kerajaan pula macam takut untuk membuat perubahan kepada SPR. Kebebasan media pula tiada. Kena duduk atas jalan baru nak dengar. Nilai sendirilah.

    p/s: Jangan cakap pasal saluran yang betul lah, sebab Bersih ni saluran yang paling terakhir mereka guna.

    ReplyDelete
  21. Anon 1026:Democracy in the end is still another system created by human. It is not perfect. It has it's own flaws as per explained by Tun Mahathir. You must realize, if you do value Democracy, you will have to respect the voice of majority. And the majority has spoken; they are not with Bersih.

    Anon 1042: My friend, Bersih is never about clean and fair election. It is a tool created by the opposition to fill the head of it's supporters that they are being violated in some way. It is a technique created to divert the whole nation's attention from the real issue. If you read carefully the article, it is about how the minority able to win through extreme tactics.

    Anon 1403: Gunakan Hak untuk Berfikir sebelum Hak untuk Bersuara. Kebebasan media tiada? Pembangkang mendahului dalam media sekarang ini. Sekiranya betul tiada kebebasan media, segala macam blog, twitter, facebook, harakah, suara keadilan, roket semuanya akan diberhentikan serta-merta. Bersih tak sampai ke telinga kerajaan. Yang perjumpaan dengan KP SPR tu apa? Yang perubahan yang dilakukan di parlimen tu apa? Kena duduk atas jalan baru nak dengar? Anda mengatakan seolah-olah seorang kanak-kanak yang hendakkan bapanya membelikan mainan, kalau tidak dapat menangis kuat-kuat berguling-guling atas tanah. Fikir.

    ReplyDelete
  22. Hahahah, taktik CANVAS. Memang agak terkenal, malah ada handbook gitu. YB Zul Nordin pernah bercerita mengenai 'briefing' sebelum Bersih 1.0 dan ia menepati semua taktik dalam CANVAS. Malangnya dalam bersih 2.0, taktik 'jatuh motor' dan 'planned death' tidak berkesan kerana ada CCTV yang merakam.

    'Planned Death' - Ya, ini memang saya banyak kali tengok. Greenpeace pun pernah guna tektik ini. Sorang mati tak apa. Protester masih ramai. Tapi, seorang yang mati tu dah cukup untuk 'demonize' pihak berkuasa. Bukankah itu salah sendiri, kenapa pergi juga

    Dan bagi orang yang mengatakan demonstrasi ini 'demokratik', itu salah. Ia lebih kepada 'Anarchic' / anarkisma atau lawlessness.

    Yang saya tidak faham, syarat-syarat bersih 2.0 telah dipertimbangkan oleh SPR dan telah diambil tindakan. Mengapa mereka masih tidak puas hati? Pembentangan SPR hari itu di Parlimen, cuma 10 orang saja MP yang datang. Mengapa MP-MP tersebut hanya berani di jalanan tetapi tidak rasional di dewan rakyat?

    ReplyDelete
  23. idea cmni bole pk sndiri..xyah nak canvas2..

    xyah la nak putar belit..

    BERSIH sememangnya untuk menaikkan momentum Pilihanraya, dalam pada waktu yang sama, kepincangan dalam sistem pilihan raya memang xbole dinafikan, rakyat yang cerdik akan menilai fakta, bukan artikel awan-awangan mcm nih~~~

    ReplyDelete
  24. Is: tak ubah seperti apa yg berlaku kpd galileo, sewaktu membentangkn idea bumi ini bulat, pelbagai pihak menghentam beliau. Terutamanya pihak gereja yg mengatakan beliau ini penipu, putar belit, ke awan-awangan, penyembah syaitan dan bermcm lg. Fakta yg tuan maksudkan pun hanyalah persepsi yang tuan baca. Saya harap tuan tolong baca method CANVAS bawa, bermula dgn penyataan warna, penggunaan simbol, press statement, upacara kematian, duduk dan bantah dan byk lg sehinggalah kpd kematian terancang, rusuhan terbuka dan kemasukan agensi luar. Baca pula buku oleh Dr. Gene Sharp yg menulis buku Waging Nonviolent Struggle. Antara framework digunakan oleh CANVAS.

    ReplyDelete
  25. APCO=UMNO=1israel =1msia

    umno is RACIST,CAUVINIST, COMMUNIST

    UMNO just SLOWLY DEAD,,,,R.I.P

    say goodbye f**ck SCUMBAG UMNO

    ReplyDelete
  26. kalau spr tak telus dan bersih..kenapa pru12 BN hilang Kedah,Selangor, PP, Perak? dan kenapa Kelantan masih diterajui oleh Pas? Ada akal, sila2 lah fikir.. apa yang bersih 2.0 tuntut dengan bersih 3.0 sama sahaja.. tp pada hakikatnya, tujuan sebenar bersih 3.0 ni seperti saudara blogger post..

    ReplyDelete
  27. Anon 913 - Dah takde point la tu sampai tulis mengarut. Is this how your parents raised you? Pitty cause you learn this from your leader. Learn more about ethic... cause you look pathetic.

    IS - Just to refresh your memory, Jawatankuasa Pilihanraya ditubuhkan dan mengajak PR to join in. What did they do? Your leader have all the excuses. Belajarlah dari mereka.

    Anon 203 - Anda ni mungkin seorang yang terlalu mentah sampai bersetuju dengan tindakkan PR yang cuba menjatuhkan imej negara. My fren, you should look from the first day your GREAT leader jatuh... I was there back then, then I start notice something fishy. Sejak itu aku realise, dia terer bab control orang yang kurang bijak. Aku bukan dikalangan mereka.

    Apa-apa pun tahniah saudara bloggers. Put more info. Let them understand.. slowly but effective.

    ReplyDelete
  28. Tuan blog mohon share artikel yang berguna ini. Tapi saya cadangkan guna approcah yang lebih saintifik seperti referral kepada statistik, manuskrip dsb.

    Anyways, satu penulisan yang amat berguna.

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah, nampaknya Allah Taala masih lagi melimpahkan rahmatnya ke aas bumi bertuah Malaysia ini. Tindakan pihak polis yang tidak termakan dengan provokasi Unit Amal PAS dan juga beberapa individu lain berjaya menyelamatkan keadaan. Anggota polis tenang berjaya mengikut SOP yang ditetapkan. Lebih kemas apabila pihak polis sendiri mengambil gambar dan video untuk diupload ke internet lebih pantas daripada media pembangkang. Nampaknya taktik dari CANVAS ini berjaya dipatahkan oleh pihak polis dengan sangat bijak. Apabila gas pemedih mata dilepaskan, orang ramai lari bertempiaran, mereka yang gagal melarikan diri akhirnya dibantu oleh pihak polis untuk mendapatkan bantuan rawatan. Satu usaha yang sangat baik dan bijak oleh pihak polis untuk menangani masalah sebegini. Satu ucapan tahniah untuk warga PDRM.

    ReplyDelete
  30. Both parties mmg 100% ada salah.. Cuma yg aku x bkenan ngan Bersih ni, cakap x serupa bikin... Slogan duduk n bantah tu takyah pakai la.. if protesters time rally hanya duduk jer, isu cedera x timbul... Ambik la cth rally kat Sabah, perhimpunan Bersih kat Sabah walaupun x byk setakat 6++ jer, impaknya mmg ada.... Kalau setakat slogan pun x boleh patuh, mcm mana nak convince orang wei... We're not barbarians okay.... Otak kat kepala wei, bukan kat tgn or kaki...

    ReplyDelete
  31. good job.. penulisan yg bagus... ala tak payah la over2 sgt nak jadi extrem... bukan dapat apa pon... ni la kalau melayu mudah lupa.. org2 yg tak pernah bersyukur atas apa yg ada.. fikir la sikit masa depan, kalau dah ada anak bini tu fikirkan lah nasib mereka nanti kalau kene tangkap/buang keje...sape nak tanggung mereka?.. tak pon ingat lah mak ayah kite yg mungkin pun bukan dari golongkan kaya raya...anuar tu dah tentu2 la harta melambak.. sikit pon dia tak akan tolong kite nanti kalau dah hidup susah.. silap2 kenal pon tidak... pastu mula la minta bantuan sana minta bantuan sini.. nanti bila kerajaan tak kasi bantuan mula la pulak kata kerajaan zalim.. sedang anuar yg dipuja hilang hentah kemana..

    ReplyDelete