Mar 15, 2016

[Lagi Gambar] @DrMizanHitam Akui #SyedPalladium Bersalah, Bila Nak Hukum? @OfficialIIUM


Terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) atas jawapan balas beliau mengenai isu #SyedPalladium ini. Jawapan Mizan ini ternyata jauh lebih baik daripada jawapan Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Mizan juga telah merujuk kepada peruntukan 'IIUM Students' Discipline Rules 2004' seperti mana yang saya sertakan di dalam artikel saya sebelum ini (Klik di sini). Mengikut garis panduan IWON dan juga 'IIUM Students' Discipline Rules 2004', ternyata di sini Syed Saddiq telah melakukan beberapa siri kesalahan mengikut kedua-dua peraturan.

Peraturan tersebut ada menyatakan bahawa peserta debat DIBENARKAN untuk memasuki pub, kelab malam, pusat hiburan HANYA untuk mendengar keputusan pertandingan debat itu dan kemudiannya mereka perlu keluar daripada tempat tersebut.

Walaupun Syed telah meminta maaf atas 'kesalahan' yang lampau, namun proses kehakiman tidak boleh terhenti dengan permohonan maaf. Mereka yang terbukti bersalah mesti dihukum Saya berharap Mizan dapat memahami proses pengadilan yang saya maksudkan ini.

Lagipun, Syed tidak sepatutnya menyalahkan pertandingan debat ini, zaman kini terdapat pelbagai medium untuk mendapatkan keputusan dari kelab malam tersebut tanpa perlu menghadirkan diri demi mengelakkan diri daripada terlibat sama. (Syubhat)
Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti dan Mizan perlu mengambil tindakan dengan segera bagi menjaga nama baik sebuah institusi pengajian tinggi yang menggunakan label ISLAM. Tidak perlu saya jelaskan lagi bahawa perbuatan Syed Saddiq di dalam gambar tersebut tidak membawa maksud dia 'menunggu keputusan diumumkan kemudian beredar' seperti mana dinyatakan di dalam peraturan (1) dan (2) IWON.

Syed juga telah melanggar 'IIUM Students' Discipline Rules 2004' Perkara 3 dan 3 (i), Perkara 29 (i), 29 (iii), 29 (v), dan 29 (vi).

Sebagai pihak yg terlibat dalam menjaga disiplin pelajar dan nama baik universiti, Mizan dan HEP perlu menjatuhkan hukuman yangg setimpal agar ia menjadi pengajaran kpd pelajar-pelajar UIAM yang lain. Dalam kes ini, saya melihat bukan sahaja Syed Saddiq telah melanggar peraturan IWON dan universiti, lebih buruk lagi dia telah mencemarkan nama baik UIAM sebagai sebuah institusi Islam yang sangat dihormati di peringkat antarabangsa.

Di sini saya mencadangkan kepada Mizan untuk:
  1. Menggantung Syed Saddiq sebagai seorang pelajar selama tempoh yang difikirkan munasabah.
  2. Menarik semula sebarang kemudahan universiti yang diberikan kepada Syed Saddiq.
  3. Menarik semula sebarang pingat, piala, hadiah dan lain-lain cenderahati yang Syed Saddiq peroleh di sepanjang penglibatannya dengan program debat yang ditaja UIAM.
  4. Mengenakan denda kepada Syed Saddiq dengan nilai yang bersamaan tajaannya mengikuti program debat anjuran UIAM; dan
  5. Syed Saddiq perlu membayar semula setiap program debat yang dia sertai yang ditaja oleh UIAM.
Sekiranya salah satu daripada perkara ini tidak dapat dilaksanakan oleh Mizan dan juga pihak Universiti ISLAM Antarabangsa, maka saya melihat pihak universiti tidak mengambil serius kesalahan ini yang NYATA bertentangan dengan nilai ISLAM yang dibawa oleh universiti ini.

Label ISLAM pada universiti ini tidak akan mempunyai sebarang erti.

Perlu diingatkan kepada Syed Saddiq dan juga Mizan, bahawa kes di Palladium, Manila ini bukan satu-satunya kes yang ada. Saya sedang meneliti gambar-gambar baru yang saya terima di lokasi yang lain dan pertandingan debat yang lain.

Nota kepada Mizan: Mohon untuk mulakan siasatan awal terhadap program debat yang berlangsung di Berlin, Germany pada akhir 2012.

1 comment:

Anonymous said...

Betul tu admin, kita perlu hukum seberat-berat mereka yang melakukan kesalahan seperti curi ayam, judi ayam, masuk pub,menari dalam pub dan lain-lain.Itu semua kerja-kerja tidak menguntungkan kita.

Kesalahan besar kita pejam-pejam mata sudah la, sebab kita boleh jugak dapat sikit-sebanyak habuan. betul tak?

Lagi pun apalah sangat hadis nabi yang berkata :

"Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami [bukan umatku] dan aku bukan daripada (golongan) mereka [aku bbukan rasul mereka], dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak).
(Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh"

Orang munafik saja yang berpura-pura alim menunjuk-nunjuk kesalahan orang walau sekecil mana pun. Patut lah cuaca Malaysia semakin panas sekarang.