Oct 30, 2013

#PRKSgLimau : Jom Serang MB Kedah - Strategi Terdesak PAS


HARI INI genaplah seminggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau diadakan. Seperti biasa ketika Barisan Nasional (BN) berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan rakyat kenapa parti tersebut perlu menguasai kawasan berkenaan, Pas pula terus dengan kempen politik mereka.

Pas begitu yakin pengundi-pengundi Sungai Limau akan terus bersama dengan mereka sehinggakan soal apa yang hendak dilakukan bagi membela nasib penduduk di situ seolah-olah bukan menjadi agenda utama.

Sebaliknya apa yang boleh disaksikan ialah mereka menjadikan pemimpin-pemimpin BN sebagai sasaran serangan. Apa sahaja kenyataan oleh pemimpin-pemimpin tersebut semuanya akan dipolitikkan dengan tujuan meraih sokongan pengundi.

Bagaimanapun apa yang paling ketara berdasarkan maklumat, pemerhatian dan tinjauan yang dilakukan adalah jelas Pas berusaha untuk memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir habis-habisan.

#PRKSgLimau : PAS dahulunya mencemuh Azizan Kini Memuji Allahyarham Demi Politik Parti



PADA 20 Ogos lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta pemimpin pembangkang tidak mengungkit mengenai langkah kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana beliau tidak mahu mengaibkan pemimpin kerajaan Pas Kedah semasa mentadbir negeri sebelum ini.

Malah pada 27 Ogos lalu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah biar pun ada pemimpin Pas iaitu ADUN Pengkalan Kudur,Datuk Phahrolrazi Zawawi menggesa kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih sebagai penjelasan isu Kuin tetapi gesaan itu tidak disambut oleh kerajaan negeri.

Ini memandangkan seperti mana kata Mukhriz beliau mengamalkan sikap berhemah dalam pentadbiran dan tidak mahu membuat witch hunting biar pun beliau mempunyai banyak bukti menunjukkan pemimpin Pas melakukan pelbagai masalah hingga menjejaskan kepentingan rakyat secara keseluruhan dalam soal Kuin.

Bagaimanapun apa yang dilakukan oleh Mukhriz tidak dihargai oleh pemimpin-pemimpin Pas malah dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang sedang berlangsung, Pas tanpa rasa bersalah mengedar risalah kempen mengecam Mukhriz berhubung isu itu.

Oct 1, 2013

#HidupMelayu : Umat Melayu menghadapi krisis pemikiran, kepercayaan



MENELITI perkembangan aliran pemikiran dan kepercayaan dalam kalangan umat Melayu terlihat kekacauan yang amat merimaskan. Ia juga menyumbang kepada krisis umat yang tidak mudah untuk dileraikan.

Terlihat kini, masa habis terbuang menghadapi kerenah aliran pemikiran dan kepercayaan yang pelbagai sesama warga umat menyebabkan umat Islam semakin hilang fokus.

Bermula dengan aliran kepercayaan al Arqam dan banyak ajaran sesat yang lain belum dapat dileraikan dengan baik hinggalah kepada kepercayaan politik yang terhubung dengan aliran pemikiran dan pendirian yang mendalamkan lagi krisis yang ada.

Aliran pemikiran Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menjadi sumber landasan pegangan kalangan umat Melayu semakin jelas tercabar. Pendekatan Wahabiyyah yang mengambil cara membidaah warga umat walaupun hal-hal ranting atau furuk yang mengharuskan kita berbeza cuba meresap masuk dalam pemikiran umat.