May 31, 2012

BN sama Pakatan Bergaduh, Rakyat Mati Di Tengah-Tengah.

1. Bermula sejak kejatuhan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional pada 2008, Malaysia telah dilanda oleh tsunami isu-isu yang sebelum ini jarang-jarang kedengaran di peringkat nasional.

2. Isu-isu seperti isu kalimah Allah, video seks pemimpin-pemimpin parti, tanah di Perak dipajakkan selama 999 tahun, penghapusan DEB di Pulau Pinang dan banyak lagi. Jika disenaraikan satu persatu, nescaya kita tidak habis untuk berhujah tentangnya.

3. Di antara 'perang' isu yang meributkan negara Malaysia, kita tidak sedar bahawa masalah sebenar yang melanda negara kita ini diabaikan oleh kedua-dua parti ini, iaitu BN dan juga Pakatan.

4. BN dan juga Pakatan 'memilih' isu-isu tertentu untuk dimainkan yang akan membawa impak bukan dari segi kesejahteraan rakyat tetapi lebih kepada menaikkan imej parti masing-masing.

5. Perjuangan sebenar bagi BN adalah untuk mengekalkan kuasa pemerintahan dan perjuangan sebenar Pakatan adalah untuk merampas kuasa yang dipegang oleh BN. Itu sahaja matlamat mereka dan tidak lebih daripada itu.

6. Sekiranya dilihat kepada isu 'hangat' yang dimainkan seperti pendedahan video seks Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali. Isu ini sebenarnya tidak pun menjejaskan kesejahteraan rakyat ataupun menaik turun ekonomi  negara. Sama juga dengan isu NFC yang dimainkan oleh Pakatan, ia hanyalah satu pinjaman yang akan dibayar semula.

7. Kedua-dua isu di atas adalah contoh kepada puluhan isu yang tidak membawa kesan kepada kemasyahalatan negara. Banyak lagi isu yang pembaca boleh fikirkan yang pada hakikatnya adalah sekadar membawa impak kepada imej parti sahaja.

8. Termasuklah juga dengan isu perdebatan yang disensasikan oleh pihak media baru-baru ini. Jelas menunjukkan bahawa masing-masing cuba untuk mendapatkan sokongan rakyat melalui persembahan debat sahaja.

9. Tetapi kesalahan tidak boleh ditanggung oleh kedua-dua parti ini sahaja. Rakyat turut memainkan peranan yang besar dalam menentu halakan politik negara.

10. Berani saya katakan bahawa rakyat Malaysia belum cukup matang dalam politik. Rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu lebih percaya dengan kata-kata ataupun hujah-hujah yang dikemukan oleh mana-mana individu berbanding dengan rasional serta pengetahuan yang ada. Rakyat Malaysia lebih gemar retorik daripada fakta.

11. Sebagai contoh yang amat mudah, saya ingin mengambil contoh situasi yang berlaku di dalam negara. Katakanlah longkang di kawasan rumah anda tersumbat, siapa yang akan anda jumpa; wakil rakyat. Sekiranya lembu anda hilang, siapa yang akan anda jumpa; wakil rakyat. Sekiranya anak anda hendak masuk ke sekolah siapa yang akan anda jumpa; wakil rakyat. Segala jenis kesusahan yang melanda sekalipun, anda akan berjumpa dengan wakil rakyat. Tidak kira samada beliau adalah ahli DUN ataupun ahli Parlimen. Namanya sahaja YB, itulah individu yang akan anda jumpa.

12. Dalam masyarakat matang politik, sekiranya longkang tersumbat, tentunya anda akan mengadu kepada Majlis Pembandaran, lembu hilang, jumpalah Polis, anak ke sekolah, jumpalah pengetua. Gunakan saluran yang telah disediakan oleh kerajaan. Realitinya, rakyat sendiri tidak tahu apa tugas ahli DUN dan juga ahli Parlimen.

13. Dan tentulah sekiranya anda mengadu nasib kepada wakil rakyat ini, permintaan anda tidak akan ditolak malahan dilayan, jika tidak melayanglah satu undi!

14. Inilah yang berlaku di dalam negara kita ketika ini.

15. Dengan keadaan mentaliti pemikiran yang ada pada rakyat Malaysia, maka kedua-dua parti ini berusaha untuk menaikkan isu yang akan menjadi perhatian rakyat. Isu yang serius tetapi tidak mendapat perhatian rakyat tidak diketengahkan.

16. Seperti di Kelantan, walaupun negeri itu mundur di bawah pemenrintahan PAS, tetapi soal kemajuan bukan menjadi fokus rakyat di negeri tersebut. Mereka lebih gemarkan konsep yang dicanang-canangkan oleh PAS berbanding dengan tawaran kemajuan yang BN boleh sediakan.

17. Isu-isu lain yang sebenarnya mengancam masyarakat Malaysia pada hari ini seperti percambahan kedai-kedai judi, kualiti persekitaran penduduk, tahap kesedaran rohani, pergerakan penghapusan semangat Nasionalis, keberkesanan agensi-agensi kerajaan dan banyak lagi tidak menjadi fokus kerana tidak 'dilayan' oleh rakyat.

17. Mengatasi masalah seperti ini adalah keperluan rakyat. Tetapi, isu NFC, isu video seks, debat dan yang lain-lain menjadi kemahuan rakyat.

18. Tetapi saya ingin memuji tindakan dan perhatian daripada badan-badan kerajaan yang masih mencuba untuk manangani masalah-masalah yang tidak menjadi fokus media ini. Bukan tidak ada usaha, cuma keutamaan bukanlah terletak di situ.

19. Apa yang rakyat mahu tidak semestinya apa yang rakyat perlu. Secara idealnya, kerajaan sepatutnya haruslah mengutamakan apa yang perlu daripada apa yang mahu.

20. Maka dilema yang dihadapi oleh kerajaan pada hari ini adalah untuk menjadi kerajaan yang rakyat mahu, atau menjadi kerajaan yang rakyat perlu.

21. Realitinya samada suka atau tidak; rakyatlah yang sebenarnya menentukan 'kesihatan' politk masa kini.

22. Maka sengketa antara BN dan juga Pakatan tidaklah lebih daripada jurujual yang cuba menjual produknya kepada pelanggan. Masing-masing mahu menceritakan kebaikan produk masing-masing. Jika terdesak, masing-masing menceritakan keburukan produk lawan.

23. Gunakanlah Hak untuk Berfikir sebelum Hak untuk Bersuara.

May 22, 2012

Sebagai Penawar Kepada Hujah Akal Irshad Manji

1. Baru-baru ini, bumi Tanah Melayu ini dikejutkan sekali lagi dengan kehadiran seorang insan bernama Irshad Manji, seorang pendokong idea untuk kembali kepada Al-Quran yang pada mana Allah telah menciptakan manusia termasuk golongan gay dan juga lesbian.



2. Beliau juga merupakan seorang pembela golongan gay dan lesbian dan berhasrat untuk membawa ideanya itu beserta bukunya yang bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta.

3. Sesiapa yang membaca bukunya itu mungkin akan tidak akan terpengaruh, tetapi bagi mereka yang mencari-cari sokongan terhadap gaya hidup gay-lesbian yang dibawa selama ini, buku tersebut akan menjadi pokok hujahan mereka.

4. Manusia memang akan mencari kebenaran yang akan memihak kepada mereka (Selective Truth Theory). Kebenaran yang tidak memihak kepada mereka dianggap sebagai tidak benar, tidak terpakai untuk kondisi mereka, terkecuali dan sebagainya.

5. Tindakan tersebut adalah satu bentuk escapism dan tinggal di dalam dunia yang terbentuk dengan pandangan mata kepala sendiri dan tidak berdiri kepada hakikat.

6. Saya tidak menafikan bahawa benar rasa sayang itu terbit dari dalam hati dan merupakan kurniaan daripada Yang Maha Esa. Tidak perlu takut untuk kita menyatakan kasih sayang kita kepada sahabat kita, samada sama ataupun berlainan jantina.

7. Tetapi Irshad Manji perlu membezakan antara sayang dan juga nafsu syahwat. Cara hidup homoseksual yang beliau bela merupakan pembelaan kepada budaya Hedonisme ataupun budaya berseronok. Gaya hidup gay dan lesbian ini adalah tidak lain dan tidak bukan bersifat nafsu syahwat (lust) dan bukannya sayang.

8. Allah Taala berkuasa ke atas segalanya dan mengizinkan segalanya. Tanpa izinNya, pasti mustahil untuk sesuatu perkara itu untuk berlaku. Tetapi Allah Taala telah berfirman di dalam al-Quran pada mana Irshad Manji telah seru untuk manusia kembali, iaitu di dalam surah Al-Syams ayat 1-10.

1.Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
2. Dan bulan apabila ia mengiringinya;
3. Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
4. Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
5. Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
6. Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);5
7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)
(Surah As-Syams ayat 1-10)

9. Tidak pernah Allah Taala bersumpah sebanyak 7 kali di dalam suatu surah semata-mata untuk menegaskan ayat yang seterusnya, iaitu ilham kebaikan dan kejahatan itu sama-sama Allah Taala ilhamkan, tetapi beruntunglah orang yang mensucikannya dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

10. Irshad Manji sepatutnya mengambil pengajaran daripada kitab al-Quran itu dengan menyeluruh dan bukannya menggunakan potongan ayat untuk menyokong fahaman beliau.

11. Konsep cinta yang dipegang oleh Irshad Manji dan sesetengah masyarakat di Malaysia ini pun sudah agak menyimpang.

12. Pada perjumpaan Zionist 1897, mereka telah bersepakat untuk meneruskan idea kuno mereka yang dikenali sebagai The New World Order, seluruh dunia dibawah satu kerajaan.



13. Salah satu daripada cara untuk mengawal dunia ini adalah dengan propaganda. Kilang propaganda mereka yang terbesar terbahagi kepada 2; industri berita dan industri hiburan. Dalam membawa idea menentang fahaman Islam, mereka memperkenalkan Hollywood.

14. Dalam filem-filem Hollywood ini telah diperkenalkan satu konsep 'cinta sejati'. The One True Love. Konsep cinta sejati ini dimainkan dengan filem-filem dewasa ataupun animasi Disney dengan membawa konsep bahawa kasih sayang antara dua insan itu adalah terlalu suci dan lebih daripada segalanya.

15. Dan seringkali kisah cinta ini memaparkan situasi yang romantik yang sangat didambakan oleh pasangan-pasangan kekasih yang menontonnya. Ini adalah satu situasi yang diterima ramai sebagai apa itu 'cinta sejati'.

16. Tetapi kita sebagai umat Islam kita terlupa bahawa cinta yang agung, cinta yang sejati, cinta yang satu itu bukanlah sesama makhluk, tetapi kepada Yang Maha Pencipta, kepada Allah s.w.t. Itulah cinta sejati yang sebenar-benarnya yang disebut di dalam surah al-Baqarah ayat 165.

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Surah al-Baqarah ayat 165)

17. Jelas di dalam ayat ini menerangkan bahawa jika seseorang itu lebih mencintai sesuatu lebih daripada Allah Taala itu sendiri, maka jatuhlah mereka itu kepada golongan yang melakukan kezaliman (syirik).

18.Maka di sini Irshad Manji perlu mengambil al-Quran itu secara menyeluruh dan bukannya secara sebahagian sahaja.

19. Kehadiran Irshad Manji dengan gaya akademik benar-benar akan mengancam kesejahteraan Islam di dalam negara kita. Anak-anak muda yang semakin hari boleh menerima kehadiran mereka yang mengamalkan gaya seks bebas ini akan lebih memudaratkan.




20. Berpandukan kepada perlembagaan sekalipun, merujuk kepada perkara 11 (4), tindakan Irshad Manji dikira sebagai mengancam keselamatan agama Islam dan boleh dilarang oleh kerajaan Malaysia.

21. Dalam hal ini, Ambiga, Pakatan Pembangkang harus bertanggung jawab dalam hal ini kerana Perhimpunan Seksualiti Merdeka telah menarik perhatian Irshad Manji untuk turun ke negara kita dengan membawa maksud 'memerdekakan' fahaman Islam di negara kita.

22. Sekiranya kerajaan Malaysia hari ini membiarkan perkara sebegini merebak, bukan esok, bukan lusa kesannya akan dirasai, tetapi 20, 30 tahun yang akan datang.

23. Apa yang negara kita lalui pada hari ini telahpun dilalui oleh US dan juga Great Britain awal tahun 80-an. Di mana golongan gay dan lesbian ini ingin mempamerkan gaya hidup seks mereka dan mereka juga dikecam oleh golongan gereja di sana.

24. Tetapi politik US dan GB yang masing-masing mahukan sokongan daripada golongan gay dan lesbian ini telah membenarkan malah menyokong budaya seks sonsang ini. Akhirnya, pada hari ini, masyarakat US dan GB telahpun menerima kehadiran golongan LGBT ini.

25. Barack Obama pun telah menyatakan sokongan beliau terhadap perkahwinan sama jantina ini.

26. Adakah kita mahu meletakkan Malaysia pada landasan yang sama dengan US dan GB. Kesannya sudah terbukti dan pada hari ini, golongan yang tidak percaya kepada Tuhan pula yang semakin berkembang. Atheist sudah mula diterima sebagai suatu perkara yang normal di US dan GB. Di Malaysia, sekiranya kerajaan Malaysia membiarkan perkara ini berterusan tanpa dikawal, dalam tempoh 5, 10 tahun lagi kita boleh menerima pakai golongan atheist pula.





27. Di mana pula kita berdiri ketika itu? Bersama Anwar Ibrahim dan sahabatnya Ambiga? Ataupun ketika itu kita kesal, mengapakah kita boleh tersilap dengan menyokong individu-individu tersebut.




28. Ramai yang mengatakan pengaruh Zionist dalam membentuk The New World Order itu adalah mitos. Tetapi lihatlah apa yang berlaku dan fikir.

29. Gunakan Hak untuk Berfikir Sebelum Hak untuk Bersuara.

Anwar, Azmin, Chegu Bad Didakwa, Sivarasa Yang Melatah

Anwar Didakwa
1. Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin telah didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 22 Mei 2012 jam 9.00 pg.

2. Ia adalah berikutan penglibatan ketiga-tiga pemimpin PKR ini semasa Perhimpunan Bersih 3.0 28 april yang lepas.

3. Mereka akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

Tuduhan R.Sivarasa

4. Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa telah membuat kenyataan bahawa ini adalah tindakan Peguam Negara atas perintah Kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang Anwar Ibrahim setelah gagal dalam kes tuduhan liwat.

5. R. Sivarasa juga mendakwa bahawa tuduhan ini adalah bermotifkan politik dan berniat untuk menghalang misi PKR daripada merampas Putrajaya. Malah beliau akan menggerakkan rakyat Malaysia untuk membantah penyalahgunaan kuasa dan manipulasi institusi-institusi yang ada.

Ulasan

1. Sekali lagi PKR telah menyalahkan kerajaan BN di atas tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PKR ini.

2. Klip video di bawah jelas menunjukkan pencetus kepada rempuhan pada Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu adalah Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan juga Chegu Bad.



3. R.Sivarasa juga patut didakwa di bawah akta tersebut kerana telah menyatakan hasrat beliau untuk 'menggerakkan' rakyat Malaysia untuk membantah kerajaan.

4. Penggunaan perkataan 'rakyat' juga disensasikan oleh Pihak Pakatan pada mana sekumpulan minoriti manusia yang merupakan penyokong tegar kepada Pakatan ini dilabelkan sebagai seluruh 'rakyat' Malaysia.

5. Penggunaan perkataan 'rakyat' ini juga memberikan satu impak positif kepada pergerakan Pakatan ini yang bersifat subversif.

6. Jelas Bernama telah melaporkan bahawa jumlah penyokong Bersih 3.0 hanyalah 22,000 sahaja. Meletakkan label 22,000 ini sebagai 'rakyat' Malaysia telah mengubah persepsi pembaca dan juga mereka yang berada di atas pagar.

7. Dakwaan oleh Peguam Negara tersebut tidak bersifat politikal sama sekali kerana jelas Anwar Ibrahim telah menggerakkan keganasan yang berlaku pada Bersih 3.0

8. Kenyataan R.Sivarasa yang sebenarnya bermotifkan politik kerana menidakkan dakwaan tersebut.

9. R.Sivarasa sepatutnya sedar kembali dengan tanggung jawab yang beliau ada sebagai seorang peguam dengan meletakkan keadilan itu terlebih dahulu daripada kepentingan parti.

10. Memang benarlah dakwaan Khairul Azam, seorang peguam yang mendakwa Majlis Peguam dipengaruhi oleh pembangkang dan keadilan sebenar tidak dipraktiskan oleh Majlis Peguam.

11. Integriti Majlis Peguam ini perlu dikembalikan semula.

12. Gunakan hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara.

May 18, 2012

@Papagomo Vs @TunFaisal : Satu Analisis Sederhana

1. Sebelum Salah memulakan perbincangan tentang situasi yang sedang berlaku di arena blog ketika ini, Salah ingin meminta maaf sekiranya komen dan analisa Salah adalah cetek, lemah dan tidak mencapai taraf seperti blogger-blogger agung, dewa dan 'otai' yang ada sekarang ini.

1a. Juga ingin meminta maaf sekiranya mana-mana pihak terasa dengan ulasan daripada blog yang tidak ada sesiapa yang baca ini.

1b.Salah juga tidak berniat untuk mengambil populariti singakat dengan membuat ulasan tentang permainan ini. Sekiranya terdapat pihak yang merasakan Salah mengambil peluang untuk menjadi popular dengan ulasan ini, sila maklumkan dan Salah akan  'image transfer' artikel ini ke tempat lain dan mengubah nama penulis kepada yang lain.

2. Salah terpanggil untuk membuat artikel ini atas dasar tertarik dengan situasi yang berlaku. Pilihan Raya Umum yang ke-13 boleh berlaku pada bila-bila masa dan antara medium kerajaan yang paling kuat ketika ini sedang bertelingkah, iaitu antara kem Nadi Rakyat dan kem Unit Media Baru.

2a. Ini adalah satu 'political game' yang menarik yang boleh dilihat dari pelbagai sudut. Salah akan membentangkan ulasan dalam pelbagai 'possible' angle.

3. Persengketaan antara kedua-dua ikon media baru ini bermula selepas PRK Kerdau dengan tindakan Gomo memulakan serangan. Kemudian dibalas oleh Tun Faisal. Tetapi Salah mahu fokus kepada artikel yang dikeluarkan oleh Gomo dan Tun Faisal baru-baru ini.

3a. Sebelum pergi lebih lanjut artikel tentang persengketaan antara kedua-dua pihak ini boleh dibaca di sini. Salah berharap mereka yang sedang membaca artikel ini dapat baca terlebih dahulu artikel-artikel ini agar lebih faham dengan apa yang berlaku.

b. Testimoni Seorang Anak Didik UMB - Tun Faisal (bukan ulasan peribadi Tun Faisal)
c. Lagi Testimoni Pejuang Siber Yang Dilahirkan Oleh UMB - Tun Faisal (bukan ulasan peribadi Tun Faisal)

4. Salah tidak kenal kedua-dua pihak ini iaitu Kem Nadi Rakyat dan Kem Unit Media Baru secara peribadi, tetapi ulasan ini setakat dari lensa pembaca biasa dan bukannya dari lensa seorang blogger tegar.

The Overview

The First Prod
1. Artikel pertama yang dikeluarkan oleh Papa Gomo (a) adalah satu tindakan untuk 'initiate attack' dengan membuat deklarasi secara terang-terangan dan menyebut pihak yang bertangggung jawab.

2. Papa Gomo telah 'declare' dengan terang dan jelas bahawa cybertroopers UMB gagal dari semua segi medium media baru.

3.Tetapi bukti yang Gomo bawa adalah daripada elemen YouTube sahaja dengan contoh klip video komedi #BangkangDariLongkang yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki. Klip tersebut telah mendapat 'dislike' yang banyak.

4. Maka kesimpulan mudah yang diperoleh, cybertrooper UMB gagal. Satu kesimpulan yang dianggap agak dangkal bagi seorang blogger ranking pertama kerana jelas setelah Bersih 3.0, blok media baru daripada Pro Kerajaan mendahului dari segi Facebook, Twitter dan Blog. Kelemahan hanya dari segi YouTube sahaja yang belum berjaya ditembusi.

5. Gomo kemudian mendedahkan lebih banyak perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada BN dan juga UMNO terutamanya. Gomo mendedahkan bahawa UMB ini diberikan tanggung jawab untuk membuat kursus untuk melahirkan cybertroopers. 

6. Kemudian, beliau menceritakan lagi tentang UMB menerima sokongan daripada Khairy Jamaludin serta menerima RM 300 ribu sebulan. Lagi satu pendedahan yang kiranya tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada UMNO dan juga BN yang kononnya diperjuangkan oleh beliau.

7. Seterusnya Papa Gomo lebih bertindak untuk memuji diri sendiri dan kem Nadi Rakyat dan niat yang dapat dibaca oleh Salah adalah sedemikian; "UMB dapat projek buat kursus cybertroopers, tapi Gomo tak dapat. Kenapa tak panggil Gomo sedangkan Gomo lebih bagus daripada UMB dan boleh hasilkan produk yang lebih bagus daripada UMB."

8. Salah bukan hendak mempertahankan UMB tetapi ini mesej yang Salah dapat daripada hasil bacaan sendiri yang masih banyak kelemahan.

The Retaliation

1. Setelah artikel Papa Gomo ini disiarkan ramai daripada blok UMB ini mula berasa tidak senang. Sesuatu perlu dilakukan untuk membalas artikel Papa Gomo ini.

2. Tindakan balas oleh blogger blok UMB ini bermaksud provokasi Papa Gomo berjaya. Satu kesilapan daripada blogger UMB adalah untuk memberi komen balas dengan emosi. Ini akan menguatkan lagi kem Nadi Rakyat dengan memaparkan bahawa Gomo mendedahkan perkara yang benar.

3. Jawab balas daripada UMB juga menyebarkan lagi maklumat yang sepatutnya tidak sampai kepada tatapan umum. Tentang sop, objektif dan sebagainya. Mungkin juga blok UMB ini menyebarkan 'true lies' untuk menutup kejadian yang sebenar, tetapi testimonial daripada blogger UMB samada benar atau tidak,  akan diguna pakai oleh sesiapa sahaja.

4. Sepatutnya UMB tidak perlu membuat artikel serang balas terhadap Gomo. Lebih bijak sekiranya ini dimainkan di sebalik tabir.

The Good, The Bad and The Ugly

1. Setelah blogger-blogger UMB membelasah Papa Gomo di blog masing-masing, Papa Gomo mengeluarkan artikel balas.

2. Tetapi rythm penulisan Gomo sudah berubah. Beliau menulis dengan gaya sympathetic untuk menunjukkan bahawa beliau adalah pihak yang dikhianati,  untuk menarik lebih banyak simpati. Di sini beliau lihat sebagai The Good Guy kerana ramai menghentam seorang.

2a. Psikologi manusia akan simpati kepada satu daripada yang ramai.

3. Langkah seterusnya, Gomo meletakkan label kepada blogger-blogger tertentu. Jelas memberitahu kepada khalayak umum siapa di kem Nadi Rakyat dan siapa di kem UMB. Sekarang, Gomo memberitahu kepada pembaca tentang siapakah The Bad Guy.

4. Kemudian beliau mempersoalkan kenapa UMB yang menyerang beliau tetapi bukan blogger--blogger lain. Kalau siapa yang mengikuti bacaan tersebut sudah pasti mengetahui bahawa dengan terang dan jelas, Gomo hanya menghentam UMB sahaja secara spesifik di dalam artikel yang pertama tersebut.

4a. Di sini Gomo telah meletakkan persepsi pembaca tentang The Ugly. Tindakan The Bad Guy untuk menyerang Gomo adalah Ugly.

5. Papa Gomo memaparkan sebab mengapa beliau dan kem beliau menyerang UMB. Dan sebab-sebab yang disenaraikan adalah bersifat matyrism ataupun berkorban diri demi kebaikan sesuatu perkara.

6. Segmen terakhir di dalam artikel tersebut Gomo mengulas setiap blogger UMB dan mengungkit jasa yang pernah beliau curahkan dahulu kepada mereka ini. Ini mempromosikan lagi kekuatan Gomo dan mengapa Gomo dan kem Nadi Rakyat ini layak dipilih berbanding kem UMB.

Analytical Thinking

The Malaysian Blogging World

1. Di dalam dunia blog Malaysia, Gomo sebenarnya belum lagi terpakai gelaran otai. Kickdefella, Rocky Bru dan seangkatan dengan mereka (Blog House) merupakan barisan blogger pertama yang muncul. Mereka inilah yang selayaknya diberikan gelaran otai.

2. Jika dibaca hasil penulisan blogger generasi pertama ini jelas menunjukkan satu tahap berbeza dengan blogger-blogger 'nyamuk' yang ada ketika itu.

3. Penulisan Blog House yang profesional, kemas teratur menarik minat dari kalangan pembaca umum.

4. Setelah zaman mereka berakhir, blogger-blogger 'nyamuk' ini muncul dengan zaman 'attitude' yang diperkenalkan oleh Gomo. Dengan kata-kata mencarut, kasar, dan tidak menghormati adab susila. Penulisan sebegini menjadi pilihan kerana ia adalah sesuatu yang baru atupun 'fresh'. Orang ramai menggelar blogger sebegini berani, true fighter dan banyak lagi.

5. Mulanya kejayaan Gomo ini adalah dengan pendedahan klip video Anwar Ibrahim. Ini melonjakkan nama beliau sebagai blogger no. 1 Malaysia. Ini kerana beliau mempunyai satu bahan yang tidak dipunyai oleh sesiapapun dan semua bertumpu ke arah beliau.

6. Mulanya Gomo berjaya menarik perhatian kebanyakan pembaca umum. Tetapi dengan content yang kurang serta kata-kata emosi yang tidak elok didengar, akhirnya yang masih menjadi pembaca setia Gomo hanyalah mereka yang benar-benar minat dengan politik ataupun blogger-wannabe.

7. Gomo gagal mencapai pembaca umum seperti mana generasi pertama blogger berjaya.

8. UMB pula bertindak dengan membuat kursus dengan harapan untuk melahirkan blogger-blogger seperti generasi pertama, dan ini dilihat sebagai satu ancaman kepada blogger 'attitude' ini. Kem UMB semakin membesar dan Kem Nadi Rakyat semakin ketinggalan. 

The Real Failure of A Success.

1.  Berbeza dengan situasi yang berlaku kepada blogger Pro Pembangkang.

2. Memang benar bahawa blogger-blogger pembangkang sendiri sedang bergaduh sesama sendiri. Terlalu banyak kem-kem baru yang muncul yang ditaja oleh ahli-ahli politik PKR seperti Azmin Ali, Wan Azizah, Pro Liberal, Pro Ulama, Pro Karpal Singh dan beberapa lagi.

3. Tetapi yang membezakan antara blogger Pro Pembangkang dan Pro Kerajaan adalah Pro Pembangkang tidak mempamerkan persengketaan mereka. Permainan mereka adalah di belakang tabir dan lebih halus daripada Pro Kerajaan.

4. Pro Pembangkang ini bersatu apabila dalam kes menentang BN dan UMNO. Segala masalah persengketaan dan sebagainya disembunyikan di belakang tabir.

4a. Blogger Pro Kerajaan gagal memainkan persengketaan mereka ini dengan baik. Sebaliknya, persengketaan antara kem-kem di dalam Pro Kerajaan dimainkan oleh blogger Pro Pakatan.

5. Teknik propaganda juga berjaya dimainkan dengan baik terutamanya oleh AmenoWorld. Ini dapat dibuktikan kerana ketika ini AmenoWorld memang mendapat kedudukan pertama antara keseluruhan blogger-blogger politik Malaysia

6. Mengapa? Teknik yang digunakan. AmenoWorld akan mengeluarkan artikel mengumpan. Seperti contoh, AmenoWorld akan keluarkan artikel PAS mengkritik PKR untuk menarik seramai mungkin orang ke blognya. Kemudian artikel yang seterusnya adalah artikel 'bashing' UMNO dan BN.

Propaganda As A War Machine


1. Untuk menjadi seorang propagandist yang bagus, terdapat 3 ciri harus dipenuhi iaitu; Kredibiliti, Reliability, Continous Information Flow.

2. Apabila ketiga-tiga ciri ini dipunyai oleh seorang propagandist, maka beliau akan dicari oleh masyarakat.

3. Apabila wujud pula seperkumpulan propagandist maka, setiap artikel yang dikeluarkan oleh individu-individu yang berbeza akan membawa kepada kesimpulan yang sama. Walaupun gaya penulisan berbeza tetapi pembawaan setiap artikel itu ke satu arah yang sama.

3a. Dan arah tersebut mestilah spesifik, contoh yang terbaik adalah seperti isu NFC, di mana blok Pro Pembangkang berjaya menyebarkan propaganda meraka kepada umum bahawa memang benar Sharizat yang bersalah, korup dalam kes ini.

3b. Blok Pro Kerajaan pula gagal menyelamatkan kes NFC ini apabila artikel-artikel yang dikeluarkan tidak mempunyai pembawaan yang sama. Satu blogger menyerang Rafizi, satu lagi menyerang Azmin, satu menjelaskan isu tersebut, satu kutuk sesama sendiri dan sebagainya.

3c. Maka fokus kebersamaan tidak wujud.

4. Matlamat akhir sesuatu propaganda adalah PENYATUAN MINDA.

5. Artikel yang dimainkan oleh majoriti blok Pro Kerajaan pula adalah PENYATUAN FIZIKAL seperti kempen duduk dan jilat, berkumpul beramai-ramai, dan sebagainya.

5a. Memang benar kita perlukan ramai untuk menyokong kerajaan, tetapi apa yang penting adalah mengisi tempat mengapa mereka perlu sokong kerajaan. Ini yang Pembangkang sampai bila-bila pun tidak mampu untuk berlawan hujah

6. Dan mengapa mereka perlu menyokong kerajaan? Tidak lain dan tidak bukan adalah perjuangan Alif, Ba dan juga Ta. Datang apa jua ancaman sekalipun, perjuangan Alif, Ba, dan Ta inilah penyatuan minda yang kita semua sepatutnya lakukan.

7. Kejayaan blok Pro-Pembangkang ini dapat dilihat apabila mereka berjaya melakukan penyatuan minda.

8. Apabila minda telah dapat disatukan, maka fizikal, emosi dan sebagainya akan turut serta. Ini berjaya dilakukan oleh PAS satu ketika dahulu.

9. Apabila muncul kumpulan-kumpulan yang membawa perjuangan Alif, Ba, Ta ini, kita dapat lihat bahawa penyatuan minda yang dilakukan oleh PAS semakin gagal. Dan ketika inilah sokongan kerajaan semakin bertambah kuat.

Teori Mengapa Nadi Rakyat VS UMB?


A. Money Game

1. Tidak perlu dirahsiakan lagi bahawa ada antara blogger-blogger atasan ini baik daripada pro kerajaan ataupun pro pembangkang ini menerima imbuhan daripada segi kewangan.

2.Gomo dengan terang declare bahawa beliau adalah blogger jalanan, tidak bertuan. Manakala UMB pula adalah sayap parti UMNO.

3. Antara maksud tersirat UMB ini ditubuhkan adalah untuk mengelakkan daripada perbelanjaan yang terlalu besar yang terpaksa ditanggung untuk membayar blogger yang tidak bertuan ini.

4. Secara tidak langsung kos dapat dijimatkan dan lebih banyak cybertroopers dapat dihasilkan.

5. Ini sedikit sebanyak telah menganggu Gomo untuk menjadi The Blogger. Bila sebut blogger sahaja, nama Gomo akan disebut, dicari.

6. Seperti yang diceritakan lebih awal, zaman 'attitude' blogging ini semakin menurun. Pembaca mencari bahan bacaan lain selain daripada Gomo. Maka Gomo perlu melakukan sesuatu untuk mendapat perhatian 'The Client.' (The Client adalah individu yang membayar blogger untuk menyiarkan artikel bertemakan sesuatu. Cth: The Client upah Blogger A untuk Jatuhkan Politician A.)

7. Bila kem UMB semakin kuat, The Client tidak lagi mencari Gomo untuk menyiarkan artikel tersebut kerana sudah ada alternatif yang lebih baik dan mungkin juga murah.

7a. UMB pula membalas artikel Gomo kerana hendak tunjukkan kepada The Client yang dia juga mempunyai taring yang lebih panjang daripada Gomo. Hal ini tidak akan selesai sampai selepas pilihan raya. Berebut mencari sumber kewangan.

8. Nature manusia untuk mencari barang yang terbaik dengan harga yang termurah.

9. Maka di sini, Gomo perlu membuktikan sesuatu supaya The Client dapat kembali menggunakan khidmat beliau.

10. UMB juga mengaku bahawa mereka diamanahkan untuk menjalankan kursus-kursus melatih cybertroopers baru untuk UMNO, dan pelaksanaan kursus ini mendapat peruntukan yang banyak.

11. Mungkin Gomo mempersoalkan mengapa projek tersebut dapat kepada UMB dan bukannya Nadi Rakyat, kerana bagi beliau Nadi Rakyat boleh menghasilkan produk yang lebih bagus daripada UMB.

12. Atuk Salah pernah berpesan; Apa yang orang banyak duit ini cari? Lebih banyak duit.

B. The Scandalous Scandals


1. Modus Operandi yang digunakan oleh Gomo sudah boleh dibaca. Seperti mana beliau menghentam Rosmah secara agresif untuk mendapatkan tempat Somalia.

2. Maka mengapa beliau menghentam UMB kali ini?

2. Sehari selepas artikel Gomo menghentam UMB keluar, Masterdedah mengeluarkan isu panas klip video Imam PKR ditangkap berkhalwat.

3. Maka dengan secara taakulannya, Gomo mungkin ingin mendapatkan perhatian The Client untuk membolehkan beliau mengeluarkan video ini di blog beliau.

4. Malangnya klip tersebut difahamkan jatuh ke tangan Masterdedah tanpa sebarang bayaran pun. Kedua-dua pihak pun tidak dapat bayaran.


C. The Civil War.


1. Teori yang kedua ini lebih radikal kerana artikel Gomo ini dikeluarkan selepas Bersih 3.0.

2. Memang diakui bahawa Bersih 3.0 gagal kerana battlefield media dimenangi oleh blok Pro-Kerajaan. Dan tidak dinafikan UMB memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan tersebut.

3. Maka sebelum pilihan raya ke-13 ini berlaku, kekuatan yang dimiliki oleh kerajaan kini iaitu Unit Media Baru dan Nadi Rakyat ini harus dilemahkan terlebih dahulu.

4. Serangan jelas dari pihak Pro Pembangkang hanya akan menaikkan lagi defense mechanism blogger Pro Kerajaan ini. Jadi apa langkah yang terbaik adalah untuk initiate Civil War. Perang saudara.

5. Kedua-dua pihak Nadi Rakyat dan UMB terperangkap dengan permainan yang dimainkan oleh orang luar ini. Ada di kalangan mereka yang duduk semeja dengan mereka tidak mempunyai matlamat perjuangan yang sama. Dan mereka inilah yang menghasut untuk bergaduh.

6. Pihak Nadi Rakyat dan UMB berhenti bergaduh seketika dan analyze semula apa yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika niat masing-masing jelas tentang perjuangan BN dan UMNO, cari siapa yang menjadi Pateh Karwa Wijaya dikalangan mereka.

D. The Unseen Assailant


1. The Unseen Assailant ini adalah teori yang berlegar-legar ketika ini. Ada juga yang memanggilnya The Third Force ataupun The New Challanger.

2. Mereka bukan berpihak kepada Pembangkang, bukan kepada Kerajaan tetapi individu-individu ini wujud di dalam organisasi Kerajaan, dan juga Pembangkang sendiri. Kehadiran mereka tidak diketahui tetapi dirasai.

3. Ada juga yang berpendapat bahawa ada menteri-menteri yang ada ketika dan juga ahli majlis tertinggi pembangkang termasuk di dalam kumpulan ketiga ini.

4. Mereka inilah yang memecahkan kesepakatan di dalam Pakatan Pembangkang dan juga Kerajaan dengan cara halus.

5. Anwar Ibrahim pernah menceritakan cara bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang absolute, a. Evolusi b. Revolusi c. Infiltrasi.

6. Evolusi memakan masa yang lama, mungkin tidak tercapai sepanjang hidup beliau. Maka beliau mula dengan Infiltrasi sehingga menjadi TPM, tetapi gagal. Maka beliau mulakan Revolusi, yang beliau labelkan sebagai Reformasi, tetapi gagal juga. Maka saya percaya beliau memulakan kembali cara yang pertama beliau gunakan, Infiltrasi.

4. Dengan memecahkan blok Pakatan itu sendiri dan juga blok Kerajaan dan menaikkan individu-individu yang tertentu, maka kedudukan beliau semakin kukuh.

5. Ini perkara yang amat ditakuti berlaku dan permainan ini dimainkan sehinggalah ke arena Media Baru.

The Right Course Of Action


1. Papa Gomo sekiranya bermain the money game ini dengan bijak tidak akan mengeluarkan artikel tersebut. Sebaliknya dia akan berjumpa dengan individu-individu tertentu untuk membentangkan idea beliau tentang kegagalan UMB di dalam platform YouTube.

1a. Sekiranya Papa Gomo ikhlas untuk menegur UMB, sepatutnya Gomo tidak mengeluarkan artikel tersebut kerana memberi imej yang buruk kepada BN dan UMNO secara keseluruhannya. Lakukan satu perjumpaan tertutup untuk selesaikan masalah tersebut.

1b. Masalah tidak akan selesai dengan bermain Blame Game.

2. Tun Faisal pula yang mewakilkan UMB ini sepatutnya tidak patut layan sama sekali artikel yang dikeluarkan oleh Gomo. Lebih cantik sekiranya Tun Faisal mengeluarkan artikel mengajak supaya Papa Gomo dapat melupakan sengketa dan bersama-sama bekerja untuk memajukan BN dan UMNO. Walaupun pada hakikatnya memang Gomo tidak akan bekerjasama dengan UMB.

3. Ini adalah politikal game yang Tun boleh mainkan supaya pemimpin UMNO lihat yang UMB ini benar untuk memperjuangkan UMNO dan bukan kerana hendak mengungkit kebaikan dan kejayaan yang pernah UMB lakukan kepada orang lain termasuk Gomo.

4. Ungkit-mengungkit ini adalah satubudaya yang orang Malaysia sangat gemar melakukan tetapi sangat tidak gemar mendengarnya. Dengan angle yang baik, Tun boleh membuatkan artikel Gomo itu bersifat fitnah dengan memainkan elemen empathy terhadap Gomo. Dan Tun akan kelihatan seperti The Good Guy.

5. Fight fire with fire adalah tactical game yang lama.

6. Kesemua tindakan ini akan menyelamatkan imej BN dan UMNO dengan tidak mengenepikan agenda-agenda peribadi masing-masing.


The Assumption


1. Banyak lagi sudut-sudut lain yang Salah perhatikan, tetapi di dalam hal ini Salah bersetuju dengan teori Occam's Razor (The Simplest Explanation Is the Correct Answer). Maka The Money Game adalah punca kepada masalah ini.

2. Namun begitu, Salah ingin mengingatkan kepada diri sendiri juga bahawa PRU ke13 semakin hampir dan tangguhkan dahulu persengketaan selepas pilihanraya. Tetapi, siapa pula hendak mengupah blogger selepas PRU?

3. Akhirnya ia berbalik kepada prinsip perjuangan asal masing-masing, iaitu demi Alif, Ba dan juga Ta atupun demi wang ringgit semata-mata.

4. Memang pada waktu ini Salah mempunyai satu fahaman yang idealis kerana tidak pernah merasai apa yang mereka ini rasai tetapi harap-harapnya tidaklah menjadi sedemikian. InsyaAllah.

5. Setiap kejadian itu ada hikmahnya.

6. Gunakan Hak untuk Berfikir Sebelum Hak untuk Bersuara.

May 17, 2012

Spekulasi Penggabungan UMNO-PAS #UMNOPAS


1. Akhbar Sinar pada hari ini telah memaparkan satu artikel bertajuk "Nik Aziz Sedia Berdepan UMNO" dengan sub-tajuk "Pintu Parti Itu Sentiasa Terbuka Untuk Semuka Sesiapa Sahaja".

2. Permainan Nik Aziz semakin terdesak apabila pakatan PAS dan DAP semakin kritikal.

3. DAP semakin menggila dengan kuasa dan bertindak di luar batasan keselesaan PAS.

4. Isu Negara Islam dan Hudud yang sentiasa menjadi makanan PAS kini dihimpit dengan ugutan-ugutan terbuka daripada DAP.


5. DAP Kedah pula meminta lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen. PAS Kedah semakin tertekan dibawah kepimpinan Azizan Razak.

6. PAS di P.Pinang pula ditipu oleh DAP dengan pos Exco Agama yang sepatutnya diberikan kepada wakil dari PAS tidak diberikan.

7. Hasan Ali pula dibuang dari jawatan Exco Selangor juga akibat daripada DAP membela isu murtad di DUMC.


8. Rentetan daripada kes-kes ini, golongan Ulama PAS semakin keliru dengan perjuangan PAS.

9. Awang Hadi, Nasarudin Mat Isa, Ust. Harun Din kini berfikir-fikir untuk meninggalkan PAS mengikut jejak Hasan Ali.


10. Tetapi permainan Nik Aziz belum berhenti lagi. Beliau tidak mahu ikon-ikon PAS ini untuk meninggalkan PAS dan masuk ke UMNO dan akhirnya membunuh PAS.

11. Di sini golongan Erdogan PAS, di bawah Husam Musa akan memainkan peranan untuk menggagalkan perkara ini.


12. Maka permainan Erdogan PAS dengan menggunakan Nik Aziz sebagai 'puppet' peribadinya mengeluarkan kenyataan tersebut.

13. Jika diperhatikan, Nik Aziz pernah melarang sebarang tindakan atau kenyataan mana-mana ahli PAS tentang kerajaan perpaduan.


14. Tetapi kini beliau pula yang hendak membuka pintu rundingan.

15. Adakah niat beliau betul-betul ikhlas ataupun dikawal oleh puak Erdogan?

16. Dengan mengeluarkan kenyataan sebegini, keputusan Awang Hadi, Nasarudin Mat Isa dan Harun Din untuk keluar PAS dapat dilengahkan ataupun dibatalkan terus.

17. Tetapi Salah Ad-Din percaya yang kenyataan Nik Aziz ini adalah omong kosong semata-mata dan satu lagi permainan politik Erdogan PAS.

18. Peruntukan yang disalurkan ke Erdogan PAS semasa PRU ke12 dahulu oleh DAP dan Anwar Ibrahim adalah terlalu lumayan untuk ditolak. 


19. Dan sekiranya PAS hancur akibat tindakan ketiga-tiga ikon ini, peruntukan PRU ke13 yang sememangkan akan lebih lumayan tidak akan dapat sama sekali.

20. Maka dengan penelitian sebegini, Salah Ad-Din memohon agar mana-mana ahli PAS yang sedang berperang dengan jiwanya sendiri dapat berfikir seketika.

21. Saya amat harapkan yang spekulasi saya ini salah dan Nik Aziz benar-benar mahu bergabung dengan UMNO untuk bersama menentang ancaman daripada DAP dan Anwar Ibrahim.

22. Semoga Allah Taala memberkati penyatuan Umat Mim di Bumi Malaysia ini dan sabda Rasullullah mengenai kebangkitan Panji Hitam dari Timur yang dibawa oleh Pemuda Tamim adalah kita, umat Islam Tanah Melayu. InsyaAllah.

May 16, 2012

Menjawab @keris7lok Tentang Isu "Untuk Mereka Yang Benci @MUFC_Malaysia'

@keris7lok cuba bermain api dengan mengatakan bahawa Manchestee Yunaited mempunyai 'dulang' yang lebih mahal harganya daripada Carling Cup milik Liverpool.



Saya ingin memberitahu kepada @keris7lok ini bahawa terdapat perbezaan antara Piala dan 'dulang' milik Yunaited tersebut.

Piala adalah matlamat utama di dalam setiap pertandingan ataupun tournament. Prestij Piala ini dalam hierarkinya melampaui apa jenis hadiah lain seperti plate, bowl dan kemudian spoon.

'Dulang' milik Yunaited pula adalah hadiah daripada acara khas yang tiada pertandingan. Hanya menemukan 2 pasukan dan yang menang akan mendapat 'Dulang' tersebut.

Berbeza dengan Cup ini, setiap pasukan akan bertanding bermula dengan liga ataupun pusingan pertama. Membawa pula kepada pusingan ke-2, ke-3 dan sehinggalah ke top 32, suku akhir, separuh akhir, akhir dan barulah dinobatkan juara dan menerima apa? Mestilah terima CUP. Prestij cup itu berbeza dengan prestij 'dulang'.



Walau bagaimanapun, saya faham akan perasaan @keris7lok yang tertekan dengan kata-kata sindiran dari peminat-peminat pasukan selain Yunaited. Jangan risau, Yunaited adalah pasukan yang hebat tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Akhir sekali, saya berharap agar @keris7lok dapat bersabar dengan dugaan yang amat dasyat ini. Saya ucapkan semoga Yunaited berjaya mendapat CUP musim akan datang.

Tetapi sebelum itu, saya berharap agar peminat pasukan Yunaited jangan buka topik bola sepak Liga Perdana Inggeris di hadapan penyokong pasukan yang ada CUP ini ya.



Sekian, terima kasih.

P/s: harap jgn ambil serius.... Hehe

May 15, 2012

Realiti Sebenar Pandangan DAP terhadap Melayu




1. Baru-baru ini, dunia DAP tergoncang sedikit apabila Timbalan Presidennya, Yang Mulia Tunku Aziz menyatakan prinsip beliau terhadap Bersih 3.0.

2. Beliau menterjemahkan Bersih 3.0 sebagai satu perbuatan yang merbahaya dan boleh membawa impak negatif terhadap keselamatan negara.

3. Pandangan ini tidak diterima dengan baik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

4. Di dalam DAP, Lim Guan Eng hanya memegang jawatan Setiausaha Agung, tetapi kata-kata beliau membawa lebih impak daripada Tunku Aziz.

5. Jelas menunjukkan bahawa DAP hanya mencaturkan Tunku Aziz sebagai Timbalan Presiden semata-mata untuk meraih undi Melayu.


6. Gambar di atas adalah pucuk kepimpinan tertinggi DAP di peringkat kebangsaan. Hanya terdapat 2 orang sahaja daripada kaum Melayu.

7. Jelas menunjukkan bahawa keluarga Lim Kit Siang yang sebenarnya menguasai DAP sebenarnya. Kewujudan kaum lain hanya untuk menunjukkan yang kononnya DAP adalah sebuah parti demokrasi dan tidak memilih antara kaum.

8. Hak kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh DAP ini adalah omongan semata-mata dan hanya terpakai untuk menyokong kepentingan mereka sahaja. Jika ada orang lain yang tidak bersependapat dengan mereka, maka hak kebebasan bersuara mereka terbatal serta-merta.

9. DAP yang sebenarnya merompak rakyat daripada Hak Kebebasan Berfikir. Ramai rakyat yang tertipu dengan manipulasi yang dimainkan oleh DAP. Ini termasuklah mahasiswa-mahasiswi kini yang telah diracu pemikirannya oleh DAP yang kononnya Kerajaan BN pada hari ini merampas hak kebebasan bersuara.

10. Saya sangat berharap agar mahasiswa-mahasiswi yang dimanipulasi oleh Pakatan Pembangkang ini dapat berfikir sejenak adakah mereka ini di landasan yang benar. Gunakanlah hak berfikir sebelum hak bersuara.



11. Sudah-sudahlah anak Melayu ini diperkudakan oleh kaum lain. Cukup-cukuplah PAS bertolak ansur dengan DAP. Sudah masanya untuk bangsa Melayu ini kembali bersatu menentang musuh yang sebenar.

12. "Tergadai seluruh harta-benda, akibat sengketa sesama kita" 

May 12, 2012

Team #BangkangDariLongkang Kritik Politik Pakatan Melalui Komedi

Artis Komedi Malaysia Berani Berkarya!
Tahniah kepada Team Bangkang Dari Longkang yang berani membuat satu Parody Comedy mengenai senario politik pakatan kini. Komedi Gelap adalah satu pecahan komedi yang jarang diceburi oleh artis komedi Malaysia. Team Bangkang dari Longkang ini terdiri daripada artis-artis komedi Malaysia yang dikepalai oleh Afdlin Shauki dan Harus Salim Bachik. Artis lain yang terlibat adalah Johan, Sharifah Shaheera dan lain-lain.
Dislike dan Komen Negatif Mendominasi Klip Video
Hit di YouTube telah menjangkau puluhan ribu tetapi ramai yang 'dislike' klip-klip video tersebut. Komen-komen yang negatif juga menguasai ruangan komen untuk klip-klip video tersebut dan rata-rata yang memberi komen negatif adalah dari penyokong kumpulan politik Pakatan.
Pro Pakatan Menguasai Saluran Sosial YouTube
Ini kerana klip-klip video tersebut menyindir tindakan Pakatan baru-baru ini terutamanya berkenaan isu Bersih 3.0 dan Occupy Dataran. Walaupun dalam dunia media baru ini,  Pro Kerajaan sudah menguasai blog, twitter dan facebook, tetapi penguasaan di dalam YouTube masih belum boleh memecahkan penguasaan Pro Pakatan. Pro Pakatan masih memegang pengaruh yang besar di dalam YouTube.
Media Pro Kerajaan Harus Menyokong Tindakan Bangkang Dari Longkang Diharapkan agar media Pro Kerajaan dapat 'pick-up' klip-klip video untuk menyebarkan kepada orang ramai. Bukan mudah untuk artis-artis ini untuk berkarya sebegini kerana akan mengundang kemarahan sesetengah pihak. Mereka mempertaruhkan karier mereka dan jika tersilap langkah, karier mereka boleh musnah. Sokongan harus diberikan agar usaha mereka menunjukkan kebenaran tidaklah sia-sia. Secara tidak langsung, mereka akan lebih bersemangat untuk menghasilkan klip-klip sebegini. Tahniah kepada Afdlin Shauki & Team Bangkang Dari Longkang kerana berani meneroka 'dark waters'.
Kata-kata daripada team Bangkang Dari Longkang:
This dark comedy was created by a bunch of Malaysians to laugh at a bunch of Malaysians. It touches on many topics from day to day situations to even politics. If you feel this video was intended for you, jangan terasa beb!
Terdapat 3 klip Video yang ditayangkan di YouTube channel mereka (klik di sini).
1. Demo Anti Demo
2. Esok Nak Demo Ni
3. Bila Pilihanraya
Jangan Lupa Like mereka di YouTube ya~!

May 7, 2012

Bersih Menjejaskan Bakal Jemaah Haji


1. Satu lagi akibat buruk daripada demonstrasi Bersih 3.0.

2. Ambiga sudah tentu tidak akan ambil peduli perkara ini kerana dia sememangnya bukan beragama Islam. Adakah ini agenda tersembunyi untuk melemahkan Islam di negara ini?

3. Nampaknya Demonstrasi Bersih 3.0 ini yang kononnya membawa kebaikan sudah terbukti mendatangkan lebih banyak mudarat. 

4. Tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengharamkan demonstrasi sebegini adalah tindakan yang tepat.

5. Tidak perlulah DS Anwar untuk memetik mana-mana ulama luar negara untuk dijadikan 'fatwa' beliau sendiri. Taktik sedemikian sudahpun lapuk.